Pengaruh gaya pembelajaran dan motivasi intrinsik terhadap aplikasi luasan realiti dalam mata pelajaran sains

Haslinda Abd Gaffar and Abdul Said Ambotang (2020) Pengaruh gaya pembelajaran dan motivasi intrinsik terhadap aplikasi luasan realiti dalam mata pelajaran sains.

[img] Text
Pengaruh gaya pembelajaran dan motivasi intrinsik terhadap aplikasi luasan realiti dalam mata pelajaran sains.pdf

Download (38kB)
[img] Text
Pengaruh gaya pembelajaran dan motivasi intrinsik terhadap aplikasi luasan realiti dalam mata pelajaran sains1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (357kB)

Abstract

Kajian dijalankan bertujuan untuk mengetahui pengaruh gaya pembelajaran dan motivasi intrinsik terhadap penggunaan aplikasi luasan realiti murid tingkatan 4 di Zon Pantai Timur Sabah. Aplikasi luasan realiti adalah pemboleh ubah bersandar manakala pengaruh gaya pembelajaran dan motivasi intrinsik murid merupakan pemboleh ubah tidak bersandar. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan instrumen soal selidik. Populasi murid tingkatan 4 di Sabah adalah seramai 3731 orang murid. Kajian rintis telah dijalankan melibatkan 100 orang murid yang terdiri daripada sekolah di daerah Zon Pantai Timur Sabah. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Science (SPSS) 26 untuk mendapatkan keputusan kajian yang tepat. Hasil dapatan kajian telah mendapati gaya pembelajaran murid mempunyai hubungan yang positif dan mempunyai hubungan korelasi pada tahap sederhana dengan penggunaan aplikasi luasan realiti. Manakala motivasi intrinsik murid juga mempunyai hubungan yang positif dengan aplikasi luasan realiti dan mempunyai hubungan korelasi yang sangat kuat. Keduadua pemboleh ubah tidak bersandar mempunyai pengaruh terhadap aplikasi luasan realiti apabila kedua-dua dapatan menunjukkan hasil kurang daripada 0.05

Item Type: Proceedings
Keyword: Gaya Pembelajaran, Motivasi Intrinsik, Luasan Realiti
Subjects: L Education > L Education (General)
?? LB1603 ??
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 Jun 2021 13:50
Last Modified: 27 Jun 2021 13:50
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27458

Actions (login required)

View Item View Item