Hubung kait kesanggupan untuk membayar (WTP) dan ruang keliaran pelancong di Kundasang - Ranau, Sabah

Jabil Mapjabil and Kasim Mansur and Gaim Lunkapis and Harifah Mohd Noor and Badariah Ab Rahman and Najib Bahari and Nabila Farysha Dering (2020) Hubung kait kesanggupan untuk membayar (WTP) dan ruang keliaran pelancong di Kundasang - Ranau, Sabah. Journal of Tourism, Hospitality and Environment Management, 5 (21). ISSN 0128-178X

[img] Text
Hubung kait kesanggupan untuk membayar (WTP) dan ruang keliaran pelancong di Kundasang - Ranau, Sabah abstract.pdf

Download (36kB)

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk meneliti tentang hubung kait kesanggupan untuk membayar dan ruang keliaran pelancong di Kundasang-Ranau, Sabah. Pendekatan kajian yang digunakan adalah penilaian dan kajian kes. Kajian ini melibatkan penggunaan kaedah kuantitatif melalui tinjauan borang soal selidik terhadap 150 orang responden. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti status perjalanan pelancong ke destinasi pelancongan terpilih di Kundasang-Ranau adalah ditetapkan secara persendirian iaitu 131 orang responden (87.3%). Manakala status perjalanan ke destinasi pelancongan yang ditetapkan oleh pakej pelancongan seramai 11 orang responden (7.3%) dan yang ditetapkan oleh organisasi atau institusi pula adalah seramai lapan orang (5.3%). Seramai 105 responden (70%) menyatakan bahawa harga yuran masuk ke destinasi pelancongan adalah mempengaruhi keputusan mereka untuk menentukan destinasi pelancongan yang mereka kunjungi. Seterusnya, kriteria utama yang diambil kira oleh pelancong untuk memilih destinasi pelancongan adalah memilih destinasi yang belum pernah mereka kunjungi iaitu seramai 59 orang (59.3%). Hasil kajian turut mendapati ruang keliaran pelancong bukan semata-mata dipengaruhi oleh kesanggupan pengunjung membayar ke satu-satu destinasi yang dikunjungi tetapi turut dipengaruhi oleh jenis status perjalanan yang dipilih.

Item Type: Article
Keyword: Kundasang , Ranau , Sabah , Tourist
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 29 Jun 2021 07:25
Last Modified: 29 Jun 2021 07:25
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27468

Actions (login required)

View Item View Item