Analisis faktor pengesahan instrumen kesediaan pelajar terhadap adaptasi M-Pembelajaran

Jol Kankok and Abdul Said Ambotang and Mohd Nasir Rayung (2020) Analisis faktor pengesahan instrumen kesediaan pelajar terhadap adaptasi M-Pembelajaran.

[img] Text
Analisis faktor pengesahan instrumen kesediaan pelajar terhadap adaptasi M-Pembelajaran.pdf

Download (40kB)
[img] Text
Analisis faktor pengesahan instrumen kesediaan pelajar terhadap adaptasi M-Pembelajaran1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (344kB)

Abstract

Sebanyak 411 orang responden terdiri daripada pelajar tingkatan enam dari seluruh negeri Sabah telah dipilih sebagai sampel kajian. Terdapat tiga pemboleh ubah Kesediaan Pelajar yang diuji dalam kajian ini merangkumi Pembelajaran Terarah-Kendiri, Kemahiran Teknologi dan Kesediaan Psikologi. Analisis data kajian dijalankan secara deskriptif dan analisis pengesahan faktor (CFA) menggunakan perisian IBM SPSS Amos ver 24. Analisis Model Pengukuran Gabungan (Pooled CFA) menunjukkan indeks kesepadanan telah dicapai dan menepati syarat pembentukan model berstruktur. Analisis kesahan dan kebolehpercayaan konstruk juga menunjukkan nilai AVE , CR dan √AVE memenuhi syarat bagi pembentukan sesebuah model pengukuran. Kajian juga mencadangkan Model Pengukuran Konstruk Kesediaan Pelajar bagi mengukur tahap kesediaan pelajar terhadap adaptasi m-pembelajaran. Model pengukuran ini mengandungi 11 item merangkumi Faktor Kemahiran Teknologi, Kesediaan Psikologi Dan Pembelajaran Terarah-Kendiri (SDL) pelajar.

Item Type: Proceedings
Keyword: M-pembelajaran, Pembelajaran Terarah-Kendiri (SDL), Kemahiran Teknologi, Kesediaan Psikologi
Subjects: ?? LB1603 ??
R Medicine > RA Public aspects of medicine
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 29 Jun 2021 10:43
Last Modified: 29 Jun 2021 10:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27487

Actions (login required)

View Item View Item