Isu penyeludupan di Pulau Sebatik, Malaysia

Wan Shawaluddin Wan Hassan and Amrullah Maraining and Ramli Dollah (2020) Isu penyeludupan di Pulau Sebatik, Malaysia. Jurnal Kinabalu, 26 (2). pp. 355-380. ISSN 1394

[img] Text
Isu penyeludupan di Pulau Sebatik, Malaysia abstract.pdf

Download (34kB)
[img] Text
Isu penyeludupan di Pulau Sebatik, Malaysia fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (355kB)

Abstract

Makalah ini membincangkan penyeludupan yang berlaku di Pulau Sebatik, sebuah pulau yang dikongsi bersama oleh Malaysia-Indonesia. Tumpuan diberikan kepada penyeludupan dadah, senjata dan teroris serta pemerdagangan manusia dan pendatang tanpa izin (PTI) yang berlaku di pulau tersebut. Kedudukan Pulau Sebatik yang sangat ideal membolehkan penyeludupan dilakukan oleh pihak sindiket mahupun individu serta ditambah lagi dengan beberapa faktor seperti rasuah, kurangnya kawalan pihak keselamatan Malaysia, jaringan sosial serta kejauhan jarak antara Pulau Sebatik (Indonesia)-Jakarta. Dengan menggunakan kaedah kualitatif, data diperoleh melalui temu bual dan pemerhatian di lapangan serta rujukan buku, tesis, artikel jurnal, akhbar di samping laman web agensi kerajaan. Dapatan kajian mendapati dadah yang di seludup melalui Pulau Sebatik hanya sekitar 10 peratus sahaja, namun kemudiannya disebarkan sehingga ke Sulawesi Selatan. Pulau ini digunakan sebagai laluan bagi aktiviti kumpulan radikal di Indonesia mendapatkan latihan serta menyokong pihak yang tertindas di selatan Filipina di samping menyeludup senjata dari selatan Filipina ke Indonesia; dan sindiket pemerdagangan orang dan PTI mengambil peluang kerana menyedari ramai rakyat dari Indonesia yang mahu masuk ke Sabah untuk bekerja.

Item Type: Article
Keyword: Penyeludupan , Pemerdagangan Manusia , Rasuah, Sebatik , Sabah
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 30 Jun 2021 19:05
Last Modified: 30 Jun 2021 19:05
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27510

Actions (login required)

View Item View Item