Hubungan penglibatan ibu bapa dan peranan guru dengan pencapaian akademik pelajar sekolah

Mairin Gosman, and Mohamad Nizam Nazarudin and Zakiah Noordin and Azmain Saharin and Siti Rozana Saili (2020) Hubungan penglibatan ibu bapa dan peranan guru dengan pencapaian akademik pelajar sekolah. International Research Journal of Education and Sciences (IRJES), 4 (1). pp. 1-12. ISSN 2550-2158

[img] Text
Hubungan penglibatan ibu bapa dan peranan guru dengan pencapaian akademik pelajar sekolah .pdf

Download (41kB)
[img] Text
Hubungan penglibatan ibu bapa dan peranan guru dengan pencapaian akademik pelajar sekolah 1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (623kB)

Abstract

Keputusan pencapaian akademik yang diperolehi oleh setiap pelajar didalam peperiksaan awam di sekolah adalah berbeza antara satu sama lain. Perbezaan pencapaian ini disebabkan oleh pelbagai faktor persekitaran dalam kehidupan harian pelajar itu sendiri. Oleh itu, kajian deskriptif ini akan melihat hubungan penglibatan ibu bapa dan peranan guru dengan pencapaian akademik pelajar menengah rendah. Kajian kuantitatif bukan eksperimental dipilih dengan menggunakan borang soal selidik untuk mengutip data. Seramai 269 sampel yang merupakan pelajar Tingkatan 2, di lima buah sekolah di daerah Ranau telah dipilih secara rawak mudah. Nilai kebolehpercayaan soal selidik yang digunakan adalah diantara 0.800 – 0.823 Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Science Social (SPSS) Version 26. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara komunikasi (r= .790**, p= .000), penyediaan suasana pembelajaran (r= .726**, p= .000) dan sokongan ibu bapa di rumah (r= .808**, p= .000) dengan pencapaian akademik pelajar. Manakala kualiti pengajaran (r= .715**, p= .000) dan kesesuaian aras pengajaran (r= .776**, p= .000) oleh guru menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar.

Item Type: Article
Keyword: Motivasi, Kecerdasan Emosi, Efikasi, Kepuasan, Guru, Sekolah Rendah
Subjects: L Education > L Education (General)
?? LB1603 ??
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 30 Jun 2021 20:41
Last Modified: 30 Jun 2021 20:41
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27555

Actions (login required)

View Item View Item