Persepsi pelajar Sekolah Menengah Datuk Peter Mojuntin terhadap program kitar semula

Chong, Oi Min and Mohammad Tahir Mapa (2020) Persepsi pelajar Sekolah Menengah Datuk Peter Mojuntin terhadap program kitar semula. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 5 (35). pp. 270-288. ISSN 0128-164X

[img] Text
Persepsi pelajar Sekolah Menengah Datuk Peter Mojuntin terhadap program kitar semula.pdf

Download (37kB)
[img] Text
Persepsi pelajar Sekolah Menengah Datuk Peter Mojuntin terhadap program kitar semula1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (242kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menilai persepsi pelajar sekolah menengah terhadap program kitar semula di sekolah Datuk Peter Mojuntin, Penampang, Sabah. Kajian ini melibatkan kaedah kuantitatif dengan soal selidik digunakan untuk mengutip data dan juga kualitatif untuk memerhati persepsi pelajar tentang program kitar semula dan penggunaan tong kitar semula. Seramai 180 orang responden ditetapkan melalui persampelan secara rawak mudah dan pemilihan responden adalah pelajar tingkatan empat yang belajar di sekolah ini. Statistik deskriptif dengan peratusan diperolehi telah digunakan dalam analisis kajian ini. Sampel kajian yang dipilih dapat mewakili keseluruhan pelajar sekolah yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas terhadap pelaksanaan pelbagai program kitar semula untuk memupuk amalan dalam diri pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar sekolah mengetahui adanya pelbagai program kitar semula dan mereka juga sedar terhadap kepentingan kitar semula tetapi untuk mempratikkan amalan ini adalah agak sukar. Analisis keseluruhan menunjukkan persepsi dan penglibatan pelajar terhadap program kitar semula adalah rendah. Justeru itu, semua pihak dalam kawasan sekolah harus bekerjasama dan berusaha sepenuhnya untuk memastikan pelajar menyedari kepentingan pelaksanaan program kitar semula agar mampu mengatasi masalah sampah di sekolah yang seterusnya memupuk amalan kitar semula dalam diri pelajar. Diharapkan dengan adanya program seumpama ini dapat mengubah amalan dan menarik perhatian serta minat pelajar terhadap pelbagai program kitar semula, sekaligus dapat mendidik pelajar mencintai alam sekitar dan menjaga kebersihan kawasan sekolah.

Item Type: Article
Keyword: Persepsi Pelajar, Program Kitar Semula, Penglibatan, Kesedaran
Subjects: L Education > L Education (General)
?? LB1603 ??
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 30 Jun 2021 20:53
Last Modified: 30 Jun 2021 20:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27559

Actions (login required)

View Item View Item