Had-had perubahan boleh diterima dalam pelancongan: Satu tinjauan teori dan konseptual

Mohamad Pirdaus Yusoh and Jabil Mapjabil and Nurhazliyana Hanafi (2020) Had-had perubahan boleh diterima dalam pelancongan: Satu tinjauan teori dan konseptual. Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), 6 (1). pp. 278-288. ISSN 2462-2095

[img] Text
Had-had perubahan boleh diterima dalam pelancongan abstract.pdf

Download (36kB)
[img] Text
Had-had perubahan boleh diterima dalam pelancongan fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (658kB)

Abstract

Had perubahan boleh diterima (Limits of acceptable change - LAC) dalam pelancongan adalah satu metod dalam menentukan tahap perubahan yang mampu ditampung di sesebuah destinasi pelancongan. Pada Januari 1985, LAC diterbitkan oleh Forest Service dan dilaksanakan buat kali pertama pada 1 April 1987 terhadap kompleks hutan belantara Bob Marshall. Pada mulanya, konsep ini direka untuk diaplikasikan dalam sistem hutan belantara Amerika Syarikat bagi pengurusan yang lebih baik berikutan peningkatan permintaan serta kesan daripada pendaki dan backpacker. Proses ini menilai kesan yang berlaku semasa aktiviti, mengukur perubahan yang akan diterima, memantau apa yang berlaku secara sistematik dan teratur dan menentukan tindakan yang sesuai dan dipersetujui oleh beberapa pihak berkepentingan selepas perbincangan. LAC berbeza dengan kapasiti daya tampung (caryying capacity) kerana konsep kapasiti daya tampung itu sendiri hanya memfokuskan kepada perspektif biofizikal manakala LAC lebih menggalakkan perbincangan, menimbulkan pendapat dan cadangan daripada orang awam dan pihak pengurusan. Ia dianggap sistem yang terbaik dalam menyelesaikan sesuatu isu di lokasi pelancongan. Justeru, artikel ini akan meneliti konsep dan langkah-langkah dalam menyelesaikan isu berdasarkan sistem LAC ini.

Item Type: Article
Keyword: Had Perubahan Boleh Diterima (LAC) , Teori, Konseptual , Pelancongan
Subjects: H Social Sciences > HC Economic history and conditions
Department: INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 04 Jul 2021 21:02
Last Modified: 04 Jul 2021 21:02
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27596

Actions (login required)

View Item View Item