Isu-isu pendidikan dalam kalangan masyarakat Pala’u di Lahad Datu, Sabah

Budi Anto Mohd Tamring and Mohd. Sohaimi Esa and Romzi Ationg and Mohd. Azri Ibrahim and Irma Wani Othman and Siti Aidah Lukin @ Lokin and Sharifah Darmia Sharif Adam (2021) Isu-isu pendidikan dalam kalangan masyarakat Pala’u di Lahad Datu, Sabah. International Journal of Law, Government and Communication, 6 (23). pp. 1-22. ISSN 0128-1763

[img] Text
Isu-isu pendidikan dalam kalangan masyarakat Pala’u di Lahad Datu, Sabah FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy
[img] Text
Isu-isu pendidikan dalam kalangan masyarakat Pala’u di Lahad Datu, Sabah ABSTRACT.pdf

Download (60kB)

Abstract

Pendidikan bukan lagi dilihat sebagai satu isu yang bersifat lokal atau kenegaraan semata-mata tetapi telah menjadi isu sejagat dan diperjuangkan di seluruh dunia. Pendidikan telah menjadi asas kepada pembangunan masyarakat malah telah menjadi perkara penting dalam agenda mana-mana kerajaan di seluruh dunia. Walaupun demikian, pendidikan mula menimbulkan isu apabila dikaitkan dengan masyarakat warga asing atau masyarakat tidak berwarganegara (stateless). Isu dokumen dan isu status kewarganegaraan merupakan isu hangat yang bukan sahaja boleh menimbulkan isu lain seperti politik dan hubungan antara negara tetapi juga menimbulkan isu lain dalam konteks sosial atau kemanusiaan khususnya dari segi pendidikan. Komuniti Pala’u di Lahad Datu merupakan komuniti yang berhadapan dengan isu status kewarganegaraan selain pelbagai isu lain yang menyukarkan mereka untuk terlibat secara langsung dalam pembangunan di Malaysia. Justeru itu, kajian yang telah dijalankan di Lahad Datu ini menggunakan kaedah soal-selidik melibatkan seramai 136 responden dan juga menggunakan kaedah temubual yang melibatkan beberapa orang responden bertujuan untuk memahami isu-isu pendidikan yang dihadapi oleh komuniti Pala’u. Hasil kajian mendapati, budaya tradisi masyarakat Pala’u yang amat terikat dengan laut menyebabkan mereka merasakan pendidikan tidak penting dalam kehidupan mereka. Selain itu, faktor lain seperti buli di sekolah, jarak ke sekolah, sistem petempatan atas perahu yang berpindah randah, dan kesedaran ibu bapa antara sebab mengapa mereka tidak ke sekolah. Dalam konteks perundangan di Malaysia pula, ketiadaan dokumen dan juga status masyarakat Pala’u yang tidak jelas dari segi kewarganegaraan menyebabkan mereka tidak layak diberikan pendidikan seperti yang dinikmati oleh penduduk warganegara Malaysia.

Item Type: Article
Keyword: Isu-Isu Pendidikan , Pala’u , Lahad Datu , Sabah
Subjects: L Education > L Education (General)
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 07 Jul 2021 15:05
Last Modified: 07 Jul 2021 15:05
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27634

Actions (login required)

View Item View Item