Pengeringan dan penghasilan snek dari nanas

Priscilla Gupi Anak William Kasa (2005) Pengeringan dan penghasilan snek dari nanas. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000086.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian pengeringan dan penghasilan snek daripada nanas dijalankan untuk mengkaji kesan pengeringan terhadap nanas. Kesan-kesan pengeringan yang dikaji adalah kesan suhu terhadap perubahan berat melawan masa, kadar pengeringan, perubahan kandungan vitamin C dan kesan suhu pengeringan terhadap penerimaan sensori terhadap snek nanas kering yang dihasilkan. Satu eksperimen awalan telah dilakukan bagi mencari suhu yang paling sesuai untuk pengeringan nanas. 4 suhu telah dipilih daripada eksperimen awalan iaitu suhu 40°C, SO°C, 60°C dan 70°C. Didalam kajian ini, snek yang dihasilkan melalui 4 suhu ini juga dibandingkan dengan snek nanas kering yang dikeringkan menggunakan cahaya matahari dari segi kesan suhu terhadap perubahan berat melawan masa, kadar pengeringan, perubahan kandungan vitamin C dan kesan suhu pen gering an terhadap penerimaan sensori terhadap snek nanas kering yang dihasilkan. Hasil ujian sensori yang dianalisa menggunakan perisian SPSS versi 10.0 mendapati bahawa sample yang paling diterima ramai adalah sample 842 yang dikeringkan menggunakan oven pada suhu 40°C. Sample ini kemudiannya dibandingkan berdasarkan ciri sensori seperti warna, aroma, kemanisan, tekstur, rupa kemasaman dan penerimaan keseluruhan dengan sam pel yang dikeringkan menggunakan cahaya matahari. Hasil daripada analisa SPSS versi 10.0 berdasarkan keputusan pada jadual kekerapan, mendapati bahawa sample 842 yang dihasilkan menggunakan oven pada suhu 40°C dan sample R yang dikeringkan menggunakan cahaya matahari mempunyai perbezaan yang banyak. Analisis mikrobiologi telah dijalankan keatas sampel 842 dan R yang disimpan didalam plastik pp pada suhu bilik dan mendapati bahawa selepas 2 minggu penyimpanan, snek nanas daripada pertumbuhan mikroorganisma.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Pineapple snack, Drying the pineapple
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > Food processing and manufacture
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 03 Jun 2011 10:34
Last Modified: 19 Oct 2017 10:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2977

Actions (login required)

View Item View Item