Penghasilan minuman jus belimbing campuran madu

Farrah Hidayu Mohamed Eat (2005) Penghasilan minuman jus belimbing campuran madu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000092.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Projek penyelidikan ini dijalankan bagi menghasilkan produk minuman jus belimbing (Averrhoea caramboa) campuran madu. Sebanyak 12 formulasi telah dihasilkan dan dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut peratusan purl belimbing yang berbeza iaitu 35%, 38% dan 41%. Formulasi F4, F7 dan F11 telah dipilih sebagai formulasi terbaik melalui Ujian Pemeringkatan dan analisis data dilakukan menggunakan Jadual Kramer. Seterusnya, pemilihan satu formulasi terbaik bagi produk akhir dilakukan dengan menggunakan Ujian Hedonik. Hasil daripada analisis varians (ANOVA) satu hala dan Ujian Tukey HSD menunjukkan bahawa sampel F11 mempunyai nilai min skor yang tertinggi bagi atribut rasa, kemanisan, kemasaman, keseimbangan masam manis dan penilaian keseluruhan dengan nilai min skor masing-masing ialah 5.25 ± 1.51,5.38 ± 1.61,5.23 ± 1.53,5.73 ± 0.82 dan 5.08 ± 1.59. Oleh yang demikian, sampel Fit dengan formulasi 41% purl belimbing dan 6% madu dipilih sebagai formulasi terbaik bagi produk akhir. Sebelum ujian mutu simpanan dijalankan, sampel mempunyai 0.24% jumlah keasidan dan 5.13mg/100g asid askorbik. Nilai pH bagi sampel pula ialah 3.46 dan jumlah pepejal larut bagi sampel ialah 13.2 °Briks. Semasa tempoh penyimpanan selama enam hari pada suhu bilik (25°C) dan suhu sejuk dingin (4°C), didapati nilai pH, jumlah pepejal larut dan kandungan asid askorbik (mg/100g) sampel menurun. Manakala peratus jumlah keasidan sampel meningkat. Hasil analisis menggunakan ANOVA dan Ujian T Berpasangan mendapati terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) di antara sampel yang disimpan pada suhu bilik dan suhu sejuk dingin. Hasil daripada ujian mikrobiologi yang telah dijalankan pula mendapati bahawa tempoh hayat simpanan maksimum bagi produk ialah 6 hari bagi simpanan pada suhu bilik. Berdasarkan kepada ujian pengguna yang telah dijalankan, didapati produk minuman jus belimbing campuran madu ini diterima balk oleh responden di mana sebanyak 64% responden menggemari produk ini dan 58% daripada responden pula menyatakan keinginan untuk membeli produk sekiranya dipasarkan kelak. Ini menunjukkan bahawa produk belimbing campuran madu ini diterima dengan balk oleh responden.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Juice mixture, Starfruit, Honey
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > TP500-660 Fermentation industries. Beverages. Alcohol
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 07 Jun 2011 16:33
Last Modified: 19 Oct 2017 10:42
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2986

Actions (login required)

View Item View Item