Penghasilan kordial mengkudu campuran halia

Nurul Suhaila Othman (2005) Penghasilan kordial mengkudu campuran halia. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000096.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Buah mengkudu merupakan sejenis herba yang semakin popular di Malaysia di mana buah ini mempunyai nilai pemakanan yang unik dan dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Dalam kajian ini, buah mengkudu diproses untuk menentukan formulasi terbaik apabila dijadikan kordial bersama halia, kualiti dari segi fizikal dan kimia serta tahap penerimaan kordial oleh ahli panel. Sebanyak 12 formulasi cordial mengkudu campuran halia dihasilkan, di mana setiap formulasi berbeza dari segi kandungan puri dan peratusan campuran antara puri. Daripada hasil penilaian sensori menggunakan skala hedonik, didapati formulasi kordial mengkudu campuran halia dengan peratus puri 25% (80 mengkudu : 20 halia) adalah yang terbaik. Analisis fizikokimianya pula 50 °Briks, pH 2.87 dan nilai keasidan bersamaan 0.30. Produk akhir ini juga tidak menunjukan pertumbuhan mikroorganisma (perosak) walau pun disimpan selama 8 minggu pada suhu bilik. Terdapat perubahan data pada analisis fizikokimia pada minggu terakhir penyimpanan. Nilai °Briks meningkat kepada 52.8°Briks, pH menurun kepada 2.30 dan nilai keasidan adalah 0.34. Namun, keadaan perubahan ini masih boleh diterima mengikut piawaian yang ditetapkan. Sebagai kesimpulan semakin rendah peratus puri yang digunakan semakin ia diterima oleh ahli panel.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Indian mulberry, Herbs, Ginger
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > TP500-660 Fermentation industries. Beverages. Alcohol
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 03 Jun 2011 15:25
Last Modified: 19 Oct 2017 11:04
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2991

Actions (login required)

View Item View Item