Penguasaan Bahasa Arab: Hubungannya Dengan Sikap Murid dan Pengajaran Guru

Azlin Ariffin @ Riffin and Muhamad Suhaimi Taat (2020) Penguasaan Bahasa Arab: Hubungannya Dengan Sikap Murid dan Pengajaran Guru. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 5. pp. 13-23. ISSN 2504-8562

[img] Text
Penguasaan Bahasa Arab Hubungannya Dengan Sikap Murid dan Pengajaran Guru Abstract.pdf

Download (31kB)
[img] Text
Penguasaan Bahasa Arab Hubungannya Dengan Sikap Murid dan Pengajaran Guru Fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (729kB) | Request a copy

Abstract

Bahasa Arab adalah salah satu daripada tiga bahasa utama di dunia yang memainkan peranan penting dalam sejarah dan peradaban manusia. Justeru, kajian inidijalankan adalah bertujuan untuk melihat hubungan antara sikap murid dan pengajaran guru dengan penguasaaan Bahasa Arab dalam kalangan murid-murid. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian lapangan telah dijalankan terhadap 200 orang pelajar di Sekolah Rendah di Sabah. Instrumen yang dijalankan adalah menggunakan borang soal selidik dan set ujian bertulis. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences). Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan analisis korelasi Pearson. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara sikap pelajar (r=0.210, p<0.05) dan pengajaran guru (r=0.229, p<0.05 ) dengan penguasaan Bahasa Arab. Selain itu, analisis deskriptif menunjukkan bahawa skor min bagi variabel sikap pelajar adalah pada tahap sederhana (3.37) dan begitu juga persepsi pelajar bagi pengajaran guru (3.56). Diharapkan kajian ini akan dapat memberikan maklumat berguna untuk penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Arab di sekolah

Item Type: Article
Keyword: Bahasa Arab , Penguasaan , Sikap , Pengajaran guru
Subjects: L Education > L Education (General)
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 13 Jul 2021 15:53
Last Modified: 13 Jul 2021 15:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29936

Actions (login required)

View Item View Item