Pembentukan etos nasional belia Malaysia: wadah pembinaan negara-bangsa

Mohd Mahadee Ismail and Nor Azlili Hassan and Azlina Abdullah and Zaini Othman and Marzudi Md Yunus and Hairol Anuar Mak Di (2021) Pembentukan etos nasional belia Malaysia: wadah pembinaan negara-bangsa. Akademika, 9. pp. 3-14. ISSN 0126-8694

[img] Text
Pembentukan etos nasional belia Malaysia, wadah pembinaan negara-bangsa-Abstract.pdf

Download (60kB)
[img] Text
Pembentukan etos nasional belia Malaysia, wadah pembinaan negara-bangsa.pdf
Restricted to Registered users only

Download (332kB) | Request a copy

Abstract

Persoalan etos nasional sebagai suatu wadah dalam pembinaan negara-bangsa kurang dibahaskan dalam kalangan sarjana. Dari itu, makalah ini akan mengupas perspektif pembinaan negara-bangsa dari sudut etos nasional sebagai suatu dimensi yang perlu diteliti dalam mencorak pembentukan sesebuah bangsa. Etos nasional merujuk kepada watak, karakter, sikap, etika, keperibadian dan keyakinan atas sesuatu perkara yang dapat menggambarkan ciri-ciri semangat yang dikongsi bersama oleh ahli-ahli masyarakat. Dengan wujudnya etos nasional dalam diri individu, maka ia dapat menggambarkan tentang sentimen kenegaraan yang berpaksikan kepada platform nasional. Sehubungan itu, secara spesifiknya makalah ini mengaplikasikan takrif etos nasional sebagai ciri-ciri unik masyarakat setempat yang mengikat seseorang individu dengan individu yang lain, dan yang mengikat individu dengan negara. Ciri-ciri unik tersebut merangkumi empat dimensi utama iaitu nilai, perasaan dan semangat, kepercayaan dan identiti. Ciri-ciri unik etos nasional tersebut menjadi wadah utama dalam proses pembinaan negara-bangsa Malaysia yang terdiri dari pelbagai etnik. Golongan yang seringkali mendapat tumpuan apabila membahaskan tentang proses pembinaan negara-bangsa ialah golongan belia. Ini kerana mereka adalah tulang belakang dan tunjang bangsa pada masa hadapan. Kejayaan membangunkan golongan belia menjadi penanda aras utama kejayaan pembangunan negara-bangsa pada hari muka. Kajian ini mendapati empat dimensi utama iaitu nilai, perasaan dan semangat, kepercayaan serta identiti telah membentuk suatu ikatan yang kuat antara individu dengan individu yang lain, dan di antara individu dengan negara khususnya dalam kalangan belia yang dikaji. Oleh yang demikian, dalam merealisasikan pembinaan negara-bangsa Malaysia, etos nasional menjadi wadah yang perlu dipupuk dalam diri setiap individu khususnya golongan belia yang masih tercari-cari jati diri mereka.

Item Type: Article
Keyword: Negara-bangsa , Etos nasional , Kenegaraan , Multietnik , Belia Malaysia
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 13 Jul 2021 10:39
Last Modified: 13 Jul 2021 10:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29940

Actions (login required)

View Item View Item