Reka bentuk logo sekolah menengah kebangsaan bandaraya Kota Kinabalu: analisis ikonografi erwin Panofsky

Andy Sumbing and Humin Jusilin (2019) Reka bentuk logo sekolah menengah kebangsaan bandaraya Kota Kinabalu: analisis ikonografi erwin Panofsky. Gendang Alam, Edisi Khas. pp. 63-83. ISSN 2180-1738

[img] Text
Reka bentuk logo sekolah menengah kebangsaan bandaraya Kota Kinabalu.pdf

Download (39kB)
[img] Text
Reka bentuk logo sekolah menengah kebangsaan bandaraya Kota Kinabalu1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Logo adalah tanda grafik yang berfungsi sebagai identiti sesebuah syarikat perniagaan, pertubuhan, kelab, persatuan, organisasi atau kumpulan melalui aplikasi dan olahan elemen grafik. Elemen grafik sesebuah logo terdiri daripada gambar, warna, tipografi, komposisi dan paparan reka bentuk. Kajian ini bertujuan menganalisis reka bentuk logo dalam bidang seni visual, khususnya logo institusi pendidikan di Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini membataskan sampel khusus dengan memilih logo Sekolah Menengah Kebangsaan Bandaraya Kota Kinabalu sebagai mewakili institusi lain di Kota Kinabalu. Kaedah kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif dengan menggunakan pendekatan teori ikonografi yang diketengahkan oleh Panofsky (1972). Teori ini berasaskan tiga tahap analisis, iaitu peringkat deskripsi imej, analisis elemen formal dalam logo dan peringkat ikonografi yang menyatakan perkaitan makna atau mesej dalam logo. Faktor-faktor pemboleh ubah dalam kajian ini adalah bersandarkan imej, ikon, simbol, warna dan tipografi pada logo institusi pendidikan untuk mengenal pasti keberkesanan mesej. Kajian ini berusaha menjelaskan maksud yang terkandung dalam logo institusi untuk menjelaskan makna dan identiti institusi pendidikan tersebut. Kajian ini mendapati identiti sesebuah organisasi merupakan cerminan daripada visi dan misi yang divisualkan dalam bentuk logo dan mampu menyampaikan mesej atau maklumat. Justeru, reka bentuk sesebuah logo mampu memberikan sumbangan kepada institusi pendidikan untuk menjelaskan misi dan visi sebagai impak positif terhadap penyampaian moto atau mesej sesebuah organisasi

Item Type: Article
Keyword: Logo , Reka bentuk , Tipografi , Ikonografi , Institusi
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
N Fine Arts > NX Arts in general
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Jul 2021 08:33
Last Modified: 22 Jul 2021 08:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30013

Actions (login required)

View Item View Item