Penghasilan seri kaya krisantimum

Cheah, Michelle Yeah Wen (2006) Penghasilan seri kaya krisantimum. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000114.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Sapuan seri kaya adalah satu makanan tradisi yang terkenal dikalangan masyarakat Malaysia. Lazimnya seri kaya mempunyai rasa lemak manis dan biasanya dimakan dengan roti atau sebagai ramuan kuih. Bahan mentah yang digunakan dalam penghasilan seri kaya krisantimum adalah santan, susu kacang soya, gula, telur, tepung jagung, ekstrak krisantimum dan air. Sebanyak 18 formulasi dihasilkan daripada pengubahan nisbah 6: 5: 3 iaitu bagi santan kelapa, telur dan gula. Melalui penilaian deria yang dijalankan sebanyak tiga sesi, enam formulasi dipilih. Melalui ujian hedonik yang menilai atribut wama, aroma, kemanisan, rasa krisantimum, tekstur, kebolehsapuan, aftertaste dan penerimaan keseluruhan mendapati formulasi 8 yang mempunyai 25% gula, 10% santan, 20% susu kacang soya dan 12% ekstrak krisantimum adalah yang paling diterima. Produk akhir seri kaya krisantimum mempunyai jumlah pepejal larut sebanyak 63° Brix. Analisis proksimat mendapati seri kaya krisantimum mempunyai kandungan lembapan sebanyak 40.49 ± 0.21%, abu sebanyak 0.37 ± 0.21%, protein 3.25 ± 0.70%, lemak 1.40 ± 0.14%, serabut kasar 0.15 ± 0.70% dan karbohidrat sebanyak 54.39 ± 0.45%. Kajian penyimpanan menunjukkan bahawa seri kaya krisantimum yang disimpan pada suhu bilik tidak dapat bertahan lebih daripada 9 hari berbanding dengan sampel yang disimpan pada suhu sejuk yang dapat bertahan lebih daripada 15 hari. Melalui ujian fizikokimia dan ujian mikrobiologi, perubahan yang signifikan dapat dilihat bagi sampel yang disimpan pada suhu bilik. Penurunan yang konsisten didapati dari aspek pH, jumlah pepejal larut dan kelikatan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Seri kaya, Chrysanthemum, Traditional food
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > Food processing and manufacture
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 06 Jun 2011 16:32
Last Modified: 19 Oct 2017 11:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3013

Actions (login required)

View Item View Item