Pembangunan biskut dengan kulit pomelo

Then, Jun Ming (2009) Pembangunan biskut dengan kulit pomelo. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000150.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan untuk membangunkan produk biskut dengan kulit pomelo. Rekabentuk faktorial 3x2 digunakan untuk mendapatkan 6 formulasi daripada gabungan 3 aras serbuk kulit pomelo pada 7.0 %, 9.0 % dan 11.0 % serta 2 aras tepung gandum pada 28.0 % dan 32.0 %. Bahan lain seperti gula, marjerin, lelemak, natrium bikarbonat, garam dan air ditetapkan dalam semua formulasi. Pada peringkat pemilihan formulasi akhir, ujian penilaian deria menunjukkan keenam-enam formulasi mempunyai perbezaan yang signifikan (p<0.05) bagi semua atribut. Berdasarkan analisis ujian penilaian deria hedonik,formulasi yang paling disukai oleh para ahli panel ialah F1 yang mengandungi 28.0 % tepung gandum, 7.0 % serbuk kulit pomelo, 20.0 % marjerin, 1.3 °r6 natrium bikarbonat, 0.7 % garam, 21.0 % gula, 14.0 % lelemak dan 8.0 % air. Dalam kajian jangka hayat simpanan selama 8 minggu pada suhu bilik, ujian kandungan lembapan menunjukkan perbezaan signifikan sepanjang tempoh penyimpanan. Ujian mikrobiologi melalui kiraan jumlah plat dan kiraan yis dan kulat menunjukkan produk ini masih bebas daripada kerosakan mikroorganisma selepas tempoh penyimpanan selama 8 minggu. Ujian penilaian deria secara perbandingan berpasangan menunjukkan semua atribut kecuali atribut kerangupan tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan (p<0.05) antara satu sama lain. Kandungan nutrien biskut pomelo yang didapati daripada analisis proksimat menunjukkan biskut ini mengandungi kandungan lembapan 1.46 ± 0.04, protein 4.54 ± 0.24, abu 1.86 ± 0.02, lemak 32.15 ± 1.29, serabut kasar 1.25 ± 0.03 dan karbohidrat5 8.74 ± 1.23. Berdasarkan ujian pengguna,sebanyak 48 % akan membeli produk ini jika dikeluarkan di dalam pasaran.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Pomelo, Biscuit, Grapefruit
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > Food processing and manufacture
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 10 Jun 2011 08:26
Last Modified: 19 Oct 2017 12:03
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3065

Actions (login required)

View Item View Item