Penghasilan minuman jus tamato campuran limau kasturi

Wong, Hon Yan (2007) Penghasilan minuman jus tamato campuran limau kasturi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000187.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan dengan tujuan membangunkan produk jus tomato campuran limau kasturi, memperolehi formulasi terbaik serta mengkaji kestabilan produk jus tomato campuran limau kasturi di sepanjang tempoh penyimpanan. Sebanyak 9 formulasi telah dihasilkan dan dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut peratusan jus tomato yang berbeza iaitu 35%,40% dan 45%. Formulasi F2, F4 dan F5 telah dipilih sebagai formulasi terbaik melalui ujian BIB. Seterusnya, satu formulasi akhir yang terbaik akan dipilih melalui ujian Skala Hedonik. Sampel F4 dengan formulasi 40% jus tomato dan 4% jus limau kasturi dipilih sebagai fonnulasi terbaik bagi produk akhir. Sampel F4 mempunyai nilai min skor yang tertinggi bagi atribut keseimbangan masam manis, rasa, penilaian keseluruhan dan warna dengan nilai min skor masing-masing ialah 5.73 ± 0.82, 5.25 ± 1.51, 5.08 ± 1.59 dan 4.48 ± 1.6. Analisis proksimat bagi sampel F4 yang mengandungi kandungan air, abu, serabut kasar, lemak, protein dan karbohidrat masing masing ialah 90.80 ± 0.23%, 1.68 ± 0.01%, 2.65 ± 0.04%, 0.13 ± 0.01%, 0.25 ± 0.02% dan 4.49 ± 0.27 %. Ujian mutu simpanan dijalankan selama 6 minggu pada suhu sejuk ding in (4°C). Serna sa tempoh penyimpanan selama enam minggu pada suhu sejuk dingin, didapati nilai pH, jumlah pepejal larut dan kandungan asid askorbik( mg/100g) sampel F4 menurun. Manakala peratus jumlah keasidan sampel F4 meningkat. Berdasarkan kepada ujian mikrobiologi yang telah dijalankan, didapati tempoh hayat simpanan maksimum bagi produk ialah 5 minggu bagi simpanan pada suhu sejuk dingin (40 C). Hasil daripada ujian pengguna menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 59% responden menggemari jus tomato campuran lim au kasturi dan 58% daripada responden pula menyatakan keinginan untuk membeli prod uk sekiranya dipasarkan kelak.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Tomato juice, Lime juice,
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > Food processing and manufacture
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 29 Jun 2011 16:58
Last Modified: 19 Oct 2017 13:31
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3125

Actions (login required)

View Item View Item