Pengambilan makanan dan gaya hidup vegetarian di Kota Kinabalu

Tan, Hui San (2007) Pengambilan makanan dan gaya hidup vegetarian di Kota Kinabalu. School of Food Science and Nutrition. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000230.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Amalan diet dan gaya hidup vegetarian sering dikatakan sebagai sihat. Objektif-objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti jenis dan sebab diet vegetarian yang diamalkan, min pengambilan nutrien, amalan gaya hidup, tabiat makan dan pemakanan, klasifikasi IJT, dan tahap risiko penyakit di kalangan sejumlah 102 vegetarian (lelaki=38; wanita=64) di Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini melibatkan soal selidik, ingatan semula diet 24-jam, dan pengukuran antropometri (berat, ketinggian, peratus lemak badan, dan lilitan pinggang). Kajian mendapati bahawa majoriti 64 (62.7%) respond en merupakan vegetarian lakto-ovo, 24 (23.6%) vegetarian lakto, 10 (9.8%) semi-vegetarian, dan 4 (3.9%) vegan. Majoriti 71 (69.6%) responden mengamalkan diet vegetarian kerana untuk kesihatan badan, 29(28.4%) orang disebabkan faktor kepercayaan agama, dan 2 (2%) orang disebabkan faktor kebajikan haiwan. Responden lelaki cenderung mengambil kalori <70% daripada RNI, dan mempunyai pengambilan niasin <55% daripada RNI. Responden wanita pula cenderung mempunyai pengambilan kalori <70% daripada RNI, protein <85% daripada RNI, kalsium <65% daripada RNI, dan niasin <75% daripada RNI secara puratanya. Responden mempunyai pengambilan vitamin A dan C yang sekurang-kurangnya hampir 110% daripada RNI. Kesemua vegetarian tidak merokok dan tidak meminum alkohol. Seramai 88 (86.3%) responden kerap terlibat dalam aktiviti fizikal. Majoriti vegetarian memakan mengikut saranan daripada Panduan Diet Malaysia. Majoriti 84 (82.4%) responden mempunyai klasifikasi IJT yang normal (18.5-24.9kg/m\ dan 98 (96.1%) responden mempunyai ukurlilit pinggang dalam lingkungan tidak berisiko (lelaki:<102cm; wanita:<88cm). Majoriti 39 (60.9%) wanita mempunyai peratus lemak badan dalam julat boleh diterima (24-31%), dan majoriti 21 (55.3%) lelaki dalam julat tidak sihat (>25%). Kesimpulannya, gaya hidup vegetarian di Kota Kinabalu, Sabah, boleh dikatakan sihat, namun kejadian kekurangan dalam pengambilan beberapa nutrien juga berlaku.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Vegetarians, Food, Health
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 04 Aug 2011 15:25
Last Modified: 20 Oct 2017 14:13
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3229

Actions (login required)

View Item View Item