Luahan Nitrat di Sungai Inanam

Punitha Kathiravelu (2004) Luahan Nitrat di Sungai Inanam. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000375.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian mengenai perhubungan luahan dengan nitrat telah dijalankan di Sungai Inanam. Fokus kajian ini adalah untuk memahami hubungan antara kadar luahan dengan kepekatan nitrat di samping menentukan hubungkait diantara kepekatan nitrat dengan parameter air terpilih iaitu oksigen terlarut, suhu dan pH. Pengukuran luahan sungai telah dilakukan dengan mengunakan kaedah halaju-keluasan dimana meter alir digunakan untuk mengukur halaju sungai. Kepekatan nitrat ditentukan dengan mengunakan UV/VIS Spektrofotometer. Bagi cerapan in-situ pula, meter YSI 60 (pH dan suhu) dan meter YSI 55 (oksigen terlarut) telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan menunjukkan hubungan antara kadar luahan dengan kepekatan nitrat adalah berkadar songsang dimana peningkatan luahan menyebabkan kepekatan nitrat berkurangan. Bagi hubungkait di antara kepekatan nitrat dengan parameter air pula, didapati oksigen terlarut serta pH berkadar songsang dengan kepekatan nitrat dan suhu pula mempunyai hubungan yang sebaliknya dimana berkadar terus dengan kepekatan nitrat. Kepekatan nitrat didapati menyusut dari hulu ke hilir disebabkan berlakunya proses pembauran di sungai tersebut.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Nitrate discharge, Stream discharge, Nitrate concentration, Environmental pollution, River pollution, Inanam river, Sabah
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General) > QH540-549.5 Ecology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 09 Dec 2011 14:33
Last Modified: 20 Oct 2017 14:18
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3245

Actions (login required)

View Item View Item