Analisis kualiti air di persisiran pantai Pulau Gaya Kota Kinabalu Sabah

Wong, Yet Sing (2006) Analisis kualiti air di persisiran pantai Pulau Gaya Kota Kinabalu Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000374.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian kualiti air telah dijalankan di sekitar Pulau Gaya pada Disember 2005 sehingga January 2006. Terdapat lima stesen yang telah dipilih iaitu Kg.Gaya, Molohon Beach, Police Beach, Padang Point dan Pulau Terlindung. Kajian telah dijalankan untuk mengetahui perbezaan kepekatan nitrat, fosfat dan jumlah pepejal terampai (TSS) di kelima-lima stesen ini. Parameter lain yang dikaji adalah seperti suhu, saliniti, pH dan oksigen terlarut. Kaedah yang digunakkan dalam analisis nutrien ialah berdasarkan kaedah yang disyorkan oleh Valderrama (1995) bagi penentuan fosfat dan kaedah Christian (1994) bagi kaedah penentuan nitrat. HasH yang diperolehi dalam analisis min keseluruhan bagi parameter nitrat di Pulau Gaya ialah 0.17 ± 0.07 unit. Manakala min keseluruhan fosfat adalah 0.11 ± 0.05 unit dan bagi parameter TSS ialah 0.09 ± 0.002 unit. Melalui analisis ANOV A, parameter nitrat dan TSS mempunyai hubungan yang significant di antara setiap stesen. Namun, parameter fosfat tiada menunjukkan perbezaan yang bererti di antara stesen. Berdasarkan Indeks Piawian Interim Kualiti Air mendapati bahawa status kualiti air di kawasan kajian masih dibawa kawalan iaitu mematuhi piawaian IIB.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Water quality, Beach pollution, Pulau Gaya, Sabah
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > TD1-1066 Environmental technology. Sanitary engineering > TD201-500 Water supply for domestic and industrial purposes > TD429.5-480.7 Water purification. Water treatment and conditioning. Saline water conversion
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 08 Dec 2011 16:03
Last Modified: 20 Oct 2017 14:18
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3246

Actions (login required)

View Item View Item