Penilaian jumlah kandungan fenolik dan aktiviti antioksidan di dalam ekstrak Carica Papaya L.

Norzakiah Abd. Kadir (2007) Penilaian jumlah kandungan fenolik dan aktiviti antioksidan di dalam ekstrak Carica Papaya L. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000398.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk menilai jumlah kandungan fenolik dan aktiviti antioksidan di dalam ekstrak Carica papaya L. Tiga bahagian yang berlainan pada C. papaya telah dikaji. Bahagian tersebut adalah daun, batang dan biji. Sampel tumbuhan diekstrak dengan menggunakan air suling, metanol (70%) dan etanol (70%). Ekstrak disejatkering dengan menggunakan mesin penyejatkering dan disejukeringkan dengan menggunakan mesin penyejukkering. Ujian untuk menilai jumlah kandungan fenolik dilakukan dengan menggunakan kaedah Folin-Ciocalteu dan menggunakan catechin sebagai piawai. Aktiviti antioksidan pu1a diukur dengan menggunakan kaedah 2,2-dipheny/-2-picrylhydrazyl (DPPH) radical scavenging assay. Secara keseluruhannya, keputusan menunjukkan bahawa ekstrak daripada bahagian daun c.papaya memberikan nilai jumlah kandungan fenolik dan aktiviti antioksidan yang paling tinggi dalam ketiga-tiga jenis pelarut berbanding bahagian batang dan biji. Sementara itu, ekstrak akueus menunjukkan nilai jumlah kandungan fenolik yang paling tinggi dalam ketiga-tiga bahagian C. papaya. Keputusan untuk aktiviti antioksidan menunjukkan bahawa metanol merupakan pelarut terbaik untuk pengekstrakan daun dengan memberikan nilai aktiviti antioksidan yang paling tinggi di dalam daun (85%). Pelarut akueus pula memberikan nilai aktiviti antioksidan yang paling tinggi dalam bahagian batang (39%) manakala pelarut etanol pula memberikan aktiviti antioksidan yang paling tinggi dalam bahagian biji (59%). Kesimpulannya, bahagian berlainan pada C. papaya dan jenis pengekstrakan memberikan nilai yang berbeza secara signifikan (p<0.05) terhadap jumlah kandungan fenolik dan aktiviti antioksidan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Phenolic, Antioxidant activity, Carica Papaya L.
Subjects: Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK710-899 Plant physiology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 13 Jan 2012 17:38
Last Modified: 20 Oct 2017 14:21
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3261

Actions (login required)

View Item View Item