Analisis enzim Fenilalanina ammonia liase dalam anak pokok Vanda helvola

Norashrina Su'udi (2007) Analisis enzim Fenilalanina ammonia liase dalam anak pokok Vanda helvola. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000444.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Aktiviti enzim fenilalanina ammonia liase (PAL) yang dijalankan pada daun eksplan anak pokok in vitro dan pokok yang sempurna bagi Vanda helvola dikaji untuk mengenalpasti variasi klon anak pokok dan pemilihan anak pokok yang elit terhadap penghasilan sebatian pewangi. Anak pokok in vitro dikulturkan pada media Vacin dan Went dengan 15% (v/v) air kelapa and 2% (w/v) sukrosa dalam keadaan 25 ± 2°C dan 24 jam pencahayaan fluoresen. Enzim PAL ini diekstrak daripada daun anak pokok dengan penggunaan larutan tris-hidroklorik dan 2-merkaptoetanol. Teknik pengemparan pada 10000 rpm selama 10 minit dilakukan untuk mendapatkan supematan bagi menguji aktiviti enzim PAL pada bacaan absorban 290nm. Kaedah Bradford pada bacaan absorban 595 nm menggunakan reagen Coomassie Brilliant Blue G-250. Jumlah sampel anak pokok yang dikaji adalah 100 anak pokok. Anak pokok yang ke-40 mempunyai nilai kepekatan protein 9.040 μg/ml manakala anak pokok yang ke-39 mempunyai nilai kepekatan protein 4.388 μg/ml. Anak pokok yang mempunyai nilai kepekatan protein yang paling tinggi ialah anak pokok yang ke-65 dengan nilai kepekatan proteinnya ialah 25.105 μg/ml. Sampel anak pokok yang ke-40 mempunyai aktiviti total enzim yang paling tinggi iaitu 5.845 U namun aktiviti khusus enzim PALnya mempunyai nilai rendah iaitu 0.216 U/μg berbanding sampel anak pokok yang lain. Aktiviti khusus sampel Helvola 1 mempunyai nilai aktiviti khusus yang paling tinggi iaitu 0.572 U/μg dan aktiviti khusus enzim yang tertinggi didapati pada anak pokok ke-39 iaitu dengan nilai 0.352 U/μg. Pemilihan variasi anak pokok elit yang ke-39 yang dikulturkan adalah yang terbaik. Hasil keputusan yang diperolehi menunjukkan terdapatnya variasi di antara sampel anak pokok yang telah dikulturkan. Kandungan aktiviti khusus enzim PAL yang tinggi pada anak pokok akan mempengaruhi dalam penghasilan sebatian pewangi bagi anak pokok.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Leaf explants, In vitro plantlets, Phenylalanine ammonia lyase, Vanda helvola
Subjects: Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK710-899 Plant physiology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 26 Jan 2012 16:00
Last Modified: 23 Oct 2017 08:25
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3317

Actions (login required)

View Item View Item