Regenerasi Centella Asiatica dari bahagian Petiol

Michele Anak Udah (2007) Regenerasi Centella Asiatica dari bahagian Petiol. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000449.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Centella asiatica yang juga dikenali sebagai pegaga yang berasal dari famili Apiaceae atau Umbelliferae, merupakan sejenis tumbuhan herba yang mempunyai nilai komersial yang tinggi. Oleh itu, tumbuhan herba ini perlu dikaji bagi mencari satu sistem regenerasi yang efisien dan optimal bagi menghasilkan C. asiatica yang bukan sahaja berkualiti tinggi tetapi juga mampu dihasilkan dalam kuantiti yang banyak bagi menampung permintaan pasaran. Kajian ini telah dijalankan untuk menilai kesan Pluronic F-68 ke atas regenerasi C. asiatica daripada bahagian petiol. Sebanyak 24 jenis rawatan Pluronic F-68 telah dikaji pada dua jenis media regenerasi dengan kombinasi hormon 2.0 mg/l BAP + 0.1 mg/l NAA + 1.0 mg/l kinetin (kombinasi hormon set I) dan 2.0 mg/l BAP + 0.1 mg/l NAA (kombinasi hormon set II). Kepekatan Pluronic F-68 yang dikaji ialah 0%, 0.001 %, 0.0 1 %, 0.1 %, 0.5% dan 1.0% (w/v). Kesan penggunaan medium agar dan gelrite juga dikaji . Daripada keputusan yang telah diperoleh, eksplan pada media gelrite dengan kombinasi hormon 2.0 mg/l BAP + 0.1 mg/l NAA + 1.0 mg/l kinetin menunjukkan penghasilan kalus yang lebih memberangsangkan dan lebih cepat dibandingkan dengan eksplan pada media-media yang lain. Eksplan dari media gelrite dengan kombinasi hormon 2.0 mg/l BAP + 0.1 mg/l NAA + 1.0 mg/l kinetin dengan Pluronic F-68 pada kepekatan 0.001%, 0.01%, 0.1%, 0.5% dan 1.0% mempunyai 100% eksplan menghasilkan kalus pada minggu keempat dan minggu kelima. Daripada kajian ini juga, didapati media yang mengandungi Pluronic F-68 mempunyai kadar pertumbuhan kalus yang lebih cepat berbanding media yang tidak ditambah dengan Pluronic F-68. Kepekatan Pluronic F-68 yang mempunyai kadar penghasilan kalus yang paling memberangsang ialah 0.1% (w/v). Walaupun pembentukan pucuk tidak terhasil dalam kajian ini tetapi kedua-dua kombinasi hormon ini telah menghasilkan kalus-kalus nodular yang berpotensi menghasilkan pucuk.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Centella asiatica, Apiaceae, Umbelliferae, Herbal plant, Petiol
Subjects: Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK710-899 Plant physiology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 27 Jan 2012 09:59
Last Modified: 23 Oct 2017 08:27
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3322

Actions (login required)

View Item View Item