Pemprosesan minima buah lambu batu dan buah tembikai susu

Liew, Seao Yee (2009) Pemprosesan minima buah lambu batu dan buah tembikai susu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000502.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji kesan pencelupan buah jambu batu dan buah tembikai susu yang telah diproses secara minima di dalam larutan kalsium laktat (2.5%) dalam suhu bilik makmal dan diberi rawatan kombinasi pencelupan kalsium laktat (2.5%) dan rawatan haba secara minima dalam dua suhu yang berlainan (60°C dan 40°C). Sebagai kawalan, buah direndam di dalam air suling. Buah yang telah diberi rawatan dibungkus dan disimpan di dalam suhu hawa penyejukan (4±2°C dan 8±2°C) serta suhu bilik makmal (27±3°C). Keteguhan buah akan diukur pada hari yang ditetapkan untuk buah yang disimpan di dalam tiga suhu penstoran yang berbeza dengan menggunakan ‘texture analyzer'(Hounsfield H10K-S Series). Selain itu, kesan suhu penstoran 4±2°C, 8±2°C dan 27±3°C terhadap kualiti buah jambu batu dan buah tembikai susu yang telah diproses secara minima dan diberi empat jenis rawatan dianalisis dengan menjalankan ujian sensori, ujian fiziko-kimia dan ujian mikrobiologi. Didapati bahawa buah jambu batu dan buah tembikai susu yang telah diberi jenis rawatan 600C+2.5% mempunyai keteguhan yang paling tinggi sepanjang masa penyimpanan terutamanya dalam suhu penstoran 4±2°C dan diikuti dengan buah yang telah diberi jenis rawatan 40°C+2.5% dan 27°C+2.5%. Keteguhan buah yang hanya diberi jenis rawatan air suling menurun dengan mendadak sepanjang penyimpanan. Penstoran dalam suhu bilik didapati memberi kesan yang cepat terhadap kemerosotan kualiti kedua-dua jenis buah yang dikaji dari segi penilaian sensori, fizikokimia dan mikrobiologi jika dibanding dengan suhu penstoran yang lain. Penyimpanan buah dalam suhu penstoran 4±2°C dapat memelihara kualiti buah dengan lebih lama dan bagus jika dibanding dengan kualiti buah yang disimpan di dalam suhu 8±2°C. Kesimpulanya, buah yang telah diberi jenis rawatan jenis 60°C+2.5% memberi kesan keteguhan buah yang lebih tinggi melalui ujian pengukuran keteguhan dan penilaian sensori yang dijalankan jika berbanding dengan air suling sahaja. Rawatan jenis 60°C+2.5%, 40°C+2.5% dan 27°C+2.5% terhadap keduadua buah dapat memelihari buah yang dikaji dengan lebih baik terutama dalam suhu penstoran 4±2°C dimana buah yang diberi jenis rawatan 60°C+2.5% adalah paling baik.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Fruit, Guava, Honeydew
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > Food processing and manufacture
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 28 Feb 2012 09:47
Last Modified: 23 Oct 2017 09:03
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3567

Actions (login required)

View Item View Item