Kajian keratan rentas kos perbelanjaan pembelian makanan di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah

Heng, Wei Ya (2010) Kajian keratan rentas kos perbelanjaan pembelian makanan di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000517.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kemerosotan ekonomi, kenaikan harga dan perubahan social ekonomi telah mempengaruhi perilaku pelajar-pelajar universiti dalam membeli makanan. Satu tinjauan dilakukan dengan borang soal selidik dan diari perbelanjaan harian diedarkan di kalangan pelajar universiti di Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Responden (n=79, lelaki=34, perempuan=45) menyertai di dalam kajian semasa majoriti populasi berada dalam lingkungan umur 22.0 ± 1.3 tahun. Objektif kajian keratan rentas ini adalah (1) untuk menentukan kos perbelanjaan pembelian makanan di kalangan pelajar-pelajar UMS; (2) untuk menentukan pelajar-pelajar UMS mendapat makanan yang cukup dan seimbang. Hipotesis kajian keratin rentas ini adalah (1) kos perbelanjaan pemakanan bagi pelajar-pelajar berbangsa Cina adalah tinggi berbanding bangsa lain; (2) kos perbelanjaan pemakanan bagi pelajar-pelajar non-resident adalah lebih tinggi berbanding pelajar-pelajar resident; dan (3) kos perbelanjaan pemakanan bagi pelajar-pelajar lelaki adalah lebih tinggi berbanding pelajar-pelajar perempuan. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa kos perbelanjaan pembelian makanan pelajar-pelajar UMS adalah dalam kategori sederhana, dan pengambilan makanan pelajar-pelajar UMS didapati mencukupi tetapi tidak seimbang. Dalam kajian ini, kos perbelanjaan pembelian makanan bagi pelajar-pelajar berbangsa Cina adalah tinggi berbanding bangsa lain dan ujian Kruskal-Wallis telah menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antaranya (p<0.05). Kos perbelanjaan pembelian makanan bagi pelajar-pelajar resident adalah lebih tinggi berbanding pelajar-pelajar bukan resident tetapi Mann-Whitney test menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan (p>0.05). Kos perbelanjaan pembelian makanan bagi pelajar-pelajar perempuan adalah lebih tinggi berbanding pelajar-pelajar lelaki, tetapi ujian Mann-Whitney tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan (p>0.05).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Food, Studying buying food, Price of food, Eating habits, UMS
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD6977-7080 Cost and standard of living
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 18 Apr 2012 16:11
Last Modified: 23 Oct 2017 11:12
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3902

Actions (login required)

View Item View Item