Perbandingan kualiti daging, hayat simpanan dan kaedah penyembelihan ayam halal dan bukan halal

Tee, Fair Li (2009) Perbandingan kualiti daging, hayat simpanan dan kaedah penyembelihan ayam halal dan bukan halal. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000550.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Objektif utama kajian ini adalah membandingkan kualiti daging, hayat simpanan dan kaedah penyembelihan ayam halal (pemotongan leher ventral) dan bukan halal (pemotongan leher unilateral). Purata isipadu darah terkeluar, peratusan kehilangan darah (% berat hidup ayam) dan pH 24 jam postmortem ayam halal adalah 94.68ml, 3.79% dan 5.73, manakala ayam bukan halal adalah 90.06ml, 3.55% dan 5.83, tapi tiada perbezaan signifikan (p>0.05) diperolehi antara dua perlakuan. Purata jumlah kiraan plat dan jumlah yis dan kulat awal daging dada halal adalah 5.90 dan 5.51 log CFU/g, manakala daging dada bukan halal adalah 6.01 dan 5.65 log CFU/g, tapi tiada perbezaan signifikan (p>0.05) diperolehi antara dua perlakuan. Daging bukan halal mempunyai bilangan mikrob yang lebih tinggi pada akhir penyimpanan; tetapi kadar peningkatan bilangan mikrob dan kemerosotan hayat simpanan ini adalah dipengaruhi oleh bilangan mikrob awal pada daging. Salmonella spp. adalah berkemungkinan wujud pada daging halal dan bukan halal setelah 10 jam penyimpanan pada suhu bilik. Panel terlatih mendapati tiada perbezaan pada skor atribut bau, tekstur, warna dan penerimaan keseluruhan antara dua perlakuan dalam ujiankaji tahap kesegaran sampel ayam pada akhir penyimpanan suhu bilik (25-30°C), suhu penyejukan (4°C) dan suhu penyejukbekuan (-18°C). Panel pengguna sebanyak 50 orang mendapati perbezaan signifikan (p<0.05) pada warna daging di mana daging halal adalah lebih kuning dan kurang merah daripada daging bukan halal, tetapi tiada perbezaan pada kecerahan daging antara dua perlakuan. Majoriti ahli panel (33 dari 50 orang) lebih terima daging halal daripada daging bukan halal. Secara keseluruhannya, daging ayam halal dan bukan halal mempunyai banyak persamaan dalam kualiti daging dan hayat simpanan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Meat quality, Shelf life, Slaughtering, Halal, Non-Halal Chikens
Subjects: T Technology > TS Manufactures
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 22 May 2012 17:48
Last Modified: 23 Oct 2017 11:52
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4129

Actions (login required)

View Item View Item