Tahap penerimaan Teh Cina Camellia sinensis di kalangan tiga etnik di Sabah

Ha, Siew Chang (2009) Tahap penerimaan Teh Cina Camellia sinensis di kalangan tiga etnik di Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000552.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap penerimaan teh cina di kalangan tiga etnik di Sabah yang terdiri daripada etnik Dusun, Sino dan Rungus. Ujian hedonik dijalankan untuk menentukan 3 sampel yang terbaik daripada 9 sampel yang terpilih untuk digunakan dalam ujian tahap penerimaan. Sam pel teh yang dipilih adalah 'Sencha, 'Tie Guan Yin' dan 'Liu Bao'. Ujian segitiga dijalankan untuk menentukan nilai ambang rasa manis dan pahit ahli panel. Seramai 25 mahasiswa Universiti Malaysia Sabah daripada setiap etnik yang dikaji telah dipilih menjalani ujian ini untuk menentukan nilai Best Estimated Threshold (BET) bagi rasa manis dan pahit tiga etnik tersebut. Ujian korelasi Spearman dilakukan untuk menentukan hubungan korelasi antara nilai ambang rasa manis dan pahit. Ujian hedonik 7 skala dijalankan untuk menentukan tahap penerimaan teh cina di antara tiga etnik manakala ujian korelasi Pearson dijalankan untuk menentukan hubungan korelasi di antara tahap penerimaan teh cina dengan nilai ambang rasa manis dan pahit tiga etnik tersebut. Hasil ujian segitiga menunjukkan nilai BET kumpulan untuk rasa manis bagi etnik Dusun, Sino dan Rungus ialah masing-masing 0.0532%, 0.0395% dan 0.0314%. Nilai BET kumpulan untuk rasa pahit bagi etnik Dusun, Sino dan Rungus ialah masing-masing 0.0033%, 0.0040% dan 0.0049%. Berdasarkan ujian hedonik 7 skala, didapati bahawa tahap penerimaan bagi etnik Rungus adalah sama bagi ketiga-tiga kategori teh, manakala etnik Dusun lebih menerima teh hitam (p<0.05) dan etnik Sino lebih menerima teh hijau (p<0.05). Tahap penerimaan teh dna di kalangan etnik Dusun, Sino dan Rungus adalah berbeza secara signifikan (p<0.05). Ujian korelasi Spearman menunjukkan nilai ambang rasa pahit adalah dipengaruhi oleh nilai ambang rasa manis. Hasil ujian korelasi Pearson menunjukkan tahap penerimaan terhadap teh dna didapati adalah dipengaruhi oleh nilai ambang rasa manis dan pahit etnik tersebut. Tahap penerimaan teh cina bagi setiap etnik menunjukkan korelasi yang signifikan (p<0.05) dengan nilai ambang rasa manis dan pahit etnik tersebut. Pendedahan mengenai khasiat teh cina akan meningkatkan potensi pasaran di kalangan ketiga-tiga etnik ini secara signifikan (p<0.05). Secara kesimpulannya, berdasarkan hasil ujian segitiga, ujian hedonik dan kajian pasaran, didapati tahap penerimaan teh cina di kalangan ketiga-tiga etnik ini adalah pada tahap sederhana.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Chinese Tea, Degree of Chinese Tea, Camellia sinensis, Three ethnics in Sabah, Dusun, Sino, Rungus
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 23 May 2012 08:34
Last Modified: 23 Oct 2017 11:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4131

Actions (login required)

View Item View Item