Kajian tahap kesedaran dan tahap pengetahuan keselamataan makanan laut di antara pemilik restoran makanan laut, pekerja restoran makanan laut dan orang awam di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah

Nurul Izzah Md Yusof (2010) Kajian tahap kesedaran dan tahap pengetahuan keselamataan makanan laut di antara pemilik restoran makanan laut, pekerja restoran makanan laut dan orang awam di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000553.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk melihat dan membandingkan tahap kesedaran dan pengetahuan pengendalian keselamatan makanan laut di antara tiga kumpulan responden iaitu pemilik restoran makanan laut, pekerja restoran makanan laut dan orang awam yang terdapat di sekitar daerah Bandaraya Kota Kinabalu Sabah. Selain itu juga kajian dilakukan untuk mengkaji perkaitan di antara tahap kesedaran dengan tahap pengetahuan di antara tiga kumpulan responden. Kaedah utama yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah borang soal selidik. Tahap kesedaran mengenai keselamatan makanan laut diuji melalui soalan tentang isu-isu semasa dan pengetahuan umum mengenai keselamatan makanan laut manakala bagi tahap pengetahuan keselamatan makanan laut diuji melalui pengendalian makanan laut terbahagi kepada empat bahagian iaitu pengetahuan pengendalian di dalam peyimpanan bahan mentah makanan laut, penghidangan makanan laut, cara masakan dan akhir sekali kebersihan. Jumlah responden yang dalam kajian penyelidikan ini adalah seramai 531 orang yang terdiri daripada 15 orang pemilik restoran makanan laut, 135 orang pekerja restoran makanan laut dan 381 orang awam di Bandaraya Kota kinabalu Sabah. Didapati kebanyakan responden mempunyai tahap pengetahuan dan kesedaran tentang keselamatan makanan laut yang lemah dengan terdapatnya perbezaan signifikasi p<0.05. Responden pemilik makanan laut mempunyai tahap kesedaran dan tahap pengetahuan pengendalian keselamatan makanan laut paling baik berbanding responden lain masing-masing dengan nilai skor purata yang yang diperolehi sebanyak 48% dan 47%, diikuti orang awam sebanyak 34% bagi tahap kesedaran dan 45% tahap pengetahuan dan akhir sekali pekerja restoran makanan laut 27% bagi tahap kesedaran dan 32% bagi tahap pegetahuan keselamatan makanan laut. Walaupun pemilik mempunyai tahap pengetahuan dan tahap kesedaran keselamatan makanan laut paling baik berbanding responden lain tetapi tahap ini membimbangkan kerana hampir kesemua responden mempunyai peratus skor pada jumlah kurang daripada 50%. Bagi kajian perkaitan di antara tahap kesedaran dan tahap pengetahuan didapati bagi ketiga-tiga responden didapati terdapatnya hubungan kolerasi yang serdahana kuat antara ketiga-tiga kumpulan responden dimana bagi pemilik restoran makanan laut nilai r=0.055, pekerja restoran makanan laut nilai r=0.069 dan nilai bagi orang awam r=0.059 dan nilai p bagi ketiga-tiga responden adalah p=0.00l.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Seafood safety, Seafood, Seafood restaurant, Kota Kinabalu, Sabah
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 23 May 2012 08:28
Last Modified: 23 Oct 2017 11:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4132

Actions (login required)

View Item View Item