Pembangunan hasil makanan aiskrim cempedak bermadu

Mohd Irwansah Idris (2010) Pembangunan hasil makanan aiskrim cempedak bermadu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000570.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan produk aiskrim cempedak (Artocarpus champeden) bermadu. Sebanyak 9 formulasi telah dijalankan dalam ujian pemeringkatan BIB. Hanya 3 formulasi terpilih untuk menjalani ujian heclonik iaitu formulasi 2, 3 dan 6. Hasil daripada ujian hedonik, Formulasi 3 telah dipilih sebagai formulasi terbaik kerana mempunyai skor min yang paling tinggi dalam atribut rasa manis, rasa buah, tekstur dan penerimaan keseluruhan. Analisis proksimat mendapati produk aiskrim cempedak bermadu mempunyai kuantiti air sebanyak 64.34%, abu 1.07%, protein 5.45%, lemak 12.65%, serabut kasar 6.85% dan karbohidrat sebanyak 9.64%. Ujian mikrobiologi dijalankan ke atas produk ini selama lapan minggu di bawah takat beku -21°C. Jumlah plat setelah lapan minggu penyimpanan ialah sebanyak 3.09X 10� cfu/ml manakala jumlah kulat dan vis ialah 4.54 X 10� cfu/ml. Kajian penerimaan pengguna dijalankan ke atas 100 orang pengguna adalah untuk menguji tahap penerimaan pengguna terhadap produk ini. Sebanyak 95% daripada responden menyatakan bahawa mereka suka produk aiskrim ini dan 82% mencatatkan mereka akan membeli produk ini sekiranya dipasarkan. Sebagai kesimpulan, aiskrim cempedak bermadu yang dihasilkan mempunyai atribut - atribut yang menepati rasa pengguna dan mempunyai peluang yang cerah untuk di pasarkan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Ice cream products, Artocarpus champeden, Honey Chempeden
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX642-840 Cooking
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 15 May 2012 17:37
Last Modified: 23 Oct 2017 11:52
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4160

Actions (login required)

View Item View Item