Kesan simulasi kecederaan mekanikal semasa pengendalian dan penghantaran terhdap kualiti fizikal Zingiber Officinale Roscoe Kultivar Tambunan

Romi Jumadi (2006) Kesan simulasi kecederaan mekanikal semasa pengendalian dan penghantaran terhdap kualiti fizikal Zingiber Officinale Roscoe Kultivar Tambunan. Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
ae0000000406.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan bagi mengkaji kesan pelbagai jenis kecederaan semasa pengendalian dan penghantaran terhadap kualiti fizikal Zingiber officinale Roscoe cv Tambunan. Kajian ini telah dijalankan di makmal Penyelidikan Teknologi Tumbuhan, Sekolah Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah. Kajian ini telah dijalankan selama lapan minggu dengan menggunakan rekabentuk rawak lengkap (CRD) sebagai rekabentuk kajian. Lapanjenis rawatan yang digunakan iaitu kawalan, terpotong, geseran, mampatan, terpotong dan geseran, terpotong dan mampatan, mampatan dan geseran, serta terpotong, mampatan dan geseran. Lima tempoh masa penyimpanan dan cerapan iaitu minggu 0, 2, 4, 6, dan 8. Setiap rawatan untuk setiap tempoh penyimpanan mempunyai lima replikasi. Parameter yang dikaji adalah peratus kehilangan berat, peratus pengecutan, indeks kualiti visual, tahap keteguhan isi, dan panjang tunas baru. Keputusan kajian dalam lapan minggu masa penyimpanan menunjukkan purata peratus kehilangan berat, panjang tunas serta keteguhan isi tertinggi pada halia adalah kesan daripada rawatan geseran dan mampatan iaitu sebanyak 13.82%, 4.84mm dan 1.083N. Bagi peratus pengecutan dan indeks kualiti visual menunjukkan rawatan terpotong, geseran dan mampatan memberikan peratusan dan indeks tertinggi iaitu 7.51 % dan indeks kerosakan 3.12. Oleh itu, kajian ini membuktikan bahawa sebarang kecederaan yang berlaku pada halia semasa pengendalian dan pengangkutan akan merendahkan kualiti komoditi halia.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Ginger, Handling crops, Transportation methods, Zingiber officinale Roscoe, Tambunan, Sabah
Subjects: Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK474.8-495 Spermatophyta. Phanerogams > QK495 Angiosperms
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 10 Jan 2012 17:55
Last Modified: 12 Oct 2017 10:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/417

Actions (login required)

View Item View Item