Kalian komposisi nutrien terhadap dedak beras MR159, kampung dan TQR-2 di Sabah hasil penstabilan kaedah penyejukan dan gelombang - mikro

Tee, Lee Kean (2010) Kalian komposisi nutrien terhadap dedak beras MR159, kampung dan TQR-2 di Sabah hasil penstabilan kaedah penyejukan dan gelombang - mikro. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000576.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Satu kajian dijalankan ke atas komposisi nutrien dedak beras MR159, KAMPUNG dan TQR-2 di Sabah. Kesan penstabilan dengan kaedah penyejukan dan gelombang mikro ke atas komposisi nutrien juga diukur. Parameter yang diukur ialah kandungan kelembapan, kandungan abu, lemak, protein, serat kasar dan mineral (kalium, fosforus, magnesium dan kalsium). Karbohidrat dan tenaga dikira daripada jumlah data yang didapat. Daripada anal isis yang telah dijalankan, terdapat signifikan (P< 0.05) bagi kesemua komposisi nutrien yang diukur bagi ketiga jenis dedak beras yang dikaji. Julat komposisi nutrien bagi setiap sam pel dedak beras di bawah kaedah penyejukan yang dinyatakan dalam peratu5 ialah seperti berikut: kandungan kelembapan (8.3 - 8.78), kandungan abu (7.15 - 10.24), karbohidrat (40.24 - 49.91), tenaga (359.06 - 377.31), lemak (13.7 - 16.22), protein (11.11 - 13.45), serat kasar (8.45 - 11.58). Julat kandungan mineral dalam unit mg/100g ialah seperti berikut: kalium (767- 1241), fosforus (811 - 1134), magnesium (490- 590) dan kalsium (2.5 - 2.75). Julat komposisi nutrien bagi setiap sampel dedak beras di bawah kaedah gelombang mikro yang dinyatakan dalam peratus ialah seperti berikut: kandungan kelembapan (5.33 - 7.29), kandungan abu (7.2 - 10.37), karbohidrat (42.83 - 51.66), tenaga (361.71 - 380.82), lemak (12.11 - 15.55), protein (11,45- 14.30), serat kasar (8.4 - 11.62). Julat kandungan mineral dalam unit mg/100g ialah seperti berikut: kalium (847- 1318), fosforus (826.7 - 1110), magnesium (495 - 600) dan kalsium (2.0 4- 2.55). Declak beras TQR-2 mempunyai kandungan nutrien yang paling tinggi antara tiga sampel yang dikaji. Declak beras merupakan sumber yang baik dalam mineral dengan turutan kalium, fosforus, magnesium dan kalsium. Daripada dua kaedah penstabilan, tidak terdapat perbezaan yang signifikan (P< 0.05) kepada komposisi nutrien dedak beras kecuali kandungan kelembapan, karbohidrat dan lemak. Kaedah gelombang mikro merupakan kaedah yang paling baik berbandingan dengan penyejukan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Nutrition composition, Rice, MR15, KAMPUNG, TQR-2, Refrigeration and microwave methods
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 05 Jun 2012 17:45
Last Modified: 23 Oct 2017 12:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4184

Actions (login required)

View Item View Item