Geologi am dan geomorfologi kawasan Batu Putih, Sandakan, Sabah

Jonathan Duasing (2007) Geologi am dan geomorfologi kawasan Batu Putih, Sandakan, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000402.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di Batu Putih, Sandakan yang terletak di antara garis lintang 05° 21'U hingga 05° 28'U dan garis bujur 117° 54' T hingga 118° 06' T. Keluasan kawasan kajian meliputi hampir 220 kilometer persegi. Objektif kajian ialah mengkaji geologi am dan menghasilkan peta geologi yang terkini serta evolusi geomorfik Sungai Kinabatangan di kawasan kajian. Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Labang, Formasi Tanjung dan Endapan Kuaterner. Formasi Labang yang berusia Miosen Bawah merupakan endapan tertua di kawasan kajian yang merupakan endapan melange. Batuan ini terdiri daripada batu pasir, batu kapur, batu lumpur, syal dan konglomerat. Formasi Tanjung pula berusia Miosen Atas merupakan endapan Tertier termuda yang dijumpai di kawasan kajian. Formasi ini terdiri daripada selang lapis batu pasir masif dan batu lumpur dengan kehadiran lempung kelabu, syal dan lignit. Endapan Kuaterner pula terdiri daripada aluvium resen yang mengandungi lodak, lempung, pasir dan kehadiran pebel-pebel kuarza. Topografi kawasan kajian terbahagi kepada kawasan tanah rendah yang kurang daripada 30 meter dan kawasan perbukitan rendah dengan ketinggian antara 30 meter hingga 180 meter. Sungai Kinabatangan yang mengalir sepanjang 560 kilometer dari arab barat ke arab timur Sabah, menghala ke Laut Sulu mempunyai pola saliran bermeander dengan liku-liku sungai yang besar dan kewujudan dataran banjir yang luas. Kajian morfologi sungai menunjukkan bahawa tiada perubahan ketara yang berlaku sejak 40 tabun yang lalu. Sungai telab berada pada peringkat matang (tua) dan stabil. Oleh itu, perubahan adalah sedikit kecuali alur sungai yang semakin melebar akibat proses hakisan yang aktif.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: General geology, Geomorphology, Quaternary deposits, Geological map, Batu Putih, Sandakan
Subjects: Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE1-350.62 General Including geographical divisions
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 11 Jan 2012 12:08
Last Modified: 12 Oct 2017 10:55
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/419

Actions (login required)

View Item View Item