Geologi am dan kajian geofizik menggunakan kaedah magnet di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Sabah

Mohd Syaffiq Sapiee (2007) Geologi am dan kajian geofizik menggunakan kaedah magnet di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000390.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di Telipok, Sabah yang berkeluasan 50km² meliputi garis latitud U 6° 02' hingga U 6° 10' dan garis longitud T 116° 07' hingga 116° 15'. Kawasan ini terdiri daripada Formasi Crocker yang meliputi 60% kawasan kajian dan 40% endapan aluvium. Kawasan kajian telah ditafsirkan mengalami daya canggaan bertren Barat laut Tenggara. Analisis terhadap struktur geologi seperti lapisan, kekar, sesar dan lineaman di kawasan kajian mengukuhkan lagi tafsiran yang dibuat. Kajian geofizik menggunakan kaedah magnetik tertumpu di kawasan tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan Scintrex Auslog Envimagnetometer. Hasil kajian yang dijalankan mendapati kawasan kajian mempunyai julat bacaan medan magnetik antara 4000 nano Tesla hingga 50000 nano Tesla. Bacaan medan magnetik ini dipengaruhi oleh sifat bahan pepejal yang dilupuskan di kawasan ini. Kehadiran bahan logam di bawah permukaan tanah memberikan bacaan medan magnetik yang tinggi hingga mencapai 50000 nano Tesla. Kajian terhadap sifat fizik dan sifat kimia tanah juga dijalankan bagi mengenal pasti serba sedikit ciri-ciri tanah di kawasan kajian. Ujian yang dijalankan menunjukkan tanah di Kayu Madang mempunyai purata nilai kandungan kelembapan 21.55%, kandungan bahan organik (BOT) 1.41 %, pH 4.96 dan kekonduksian tanah 1735μScm�¹.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: General geology, Geological structures, Crocker formation, Alluvium deposition, Kayu Madang Landfill, Telipok, Sabah
Subjects: Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE1-350.62 General Including geographical divisions
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 25 Jan 2012 14:58
Last Modified: 11 Oct 2017 16:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/424

Actions (login required)

View Item View Item