Geologi am dan pemetaan kejuruteraan geologi kawasan Petagas-Likas Barat Bandaraya Kota Kinabalu

Mohamad Zikri Zainudin (2006) Geologi am dan pemetaan kejuruteraan geologi kawasan Petagas-Likas Barat Bandaraya Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000389.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di bahagian Petagas - Likas, Pantai Barat Sabah. Kawasan kajian dibatasi oleh garis latitud 05° 55 ' U - 06° 00 U dan garis longitud 116° 02' T-116° 05' T. Keluasan kawasan kajian dianggarkan kira-kira 60km² Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Crocker dan endapan Kuaterner iaitu aluvium. Formasi Crocker terbahagi kepada 3 iaitu unit batu pasir masif, unit selang lapis batu pasir dan syal dan syal. Analisis struktur seperti lineamen, perlapisan, lipatan, sesar dan kekar di kawasan kajian mendapati arah daya canggaan yang utama adalab barat laut - tenggara. Analisis petrografi pula menunjukkan batu pasir di kawasan kajian adalah matang dari segi fizikal dan kimia berdasarkan tekstur serta kandungan mineralnya. Pemetaan geologi terain dan hasilnya memberi analisis bahawa kawasan kajian mempunyai 85% iaitu merangkumi Kelas I dan II kawasan yang sesuai dijadikan kawasan pembangunan manakala 15% iaitu Kelas III dan IV yang kurang dan tidak sesuai dijadikan kawasan pembangunan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: General geology, Crocker formation, Quaternary alluvium, Petagas-Likas, Sabah
Subjects: Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE1-350.62 General Including geographical divisions
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 25 Jan 2012 15:05
Last Modified: 12 Oct 2017 10:59
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/425

Actions (login required)

View Item View Item