Pelaksanaan pensijilan halal industri kecil dan sederhana (IKS) di negeri Sabah

Suzilawati Sutrisno (2010) Pelaksanaan pensijilan halal industri kecil dan sederhana (IKS) di negeri Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000601.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji pelaksanaan pensijilan halal pada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Negeri Sabah. Kaedah utama yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah borang soal selidik. Jumlah responden yang diperolehi dalam kajian penyelidikan ini ialah 51 orang yang terdiri daripada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Negeri Sabah yang telah memperolehi pensijilan halal Malaysia. Majoriti responden mempunyai tahap pelaksanaan pensijilan halal yang tinggi iaitu 64.7% (33) responden dan 35.3% (18) responden mempunyai tahap pelaksanaan pensijilan halal yang rendah. Bagi tahap pengetahuan pensijilan halal, 72.2% (37) responden adalah berpengetahuan dan 27.5% (14) responden adalah sedikit berpengetahuan. Tahap pelaksanaan pensijilan halal dipengaruhi oleh taraf pendidikan, dimana ia mempunyai perbezaan yang signifikan iaitu p=0.033 (p<0.05). Bagi tahap pengetahuan pensijilan halal, ia dipengaruhi oleh kehadiran responden dalam kursus pensijilan halal, dimana ia mempunyai perbezaan yang signifikan iaitu p=0.001 (p<0.05). Tahap pengetahuan pensijilan halal dan tahap pelaksanaan pensijilan halal mempunyai hubungan yang kuat dan berkait kerana mempunyai perhubungan yang signifikan iaitu p=0.007 (p<0.05). Dalam kajian ini, majoriti pendapat respond en adalah bersetuju dengan manfaat yang diperolehi daripada pelaksanaan pensijilan halal. Kesimpulannya, majoriti responden yang melaksanakan pensijilan halal mengikut prosedur yang ditetapkan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Halal, Implementation of Halal, Halal certification, Small and Medium Enterprises, Chicken slaughter house, Sabah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP174-190 The practice of Islam > BP184-184.9 Religious ceremonies, rites, etc.
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 28 May 2012 15:40
Last Modified: 23 Oct 2017 11:35
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4277

Actions (login required)

View Item View Item