Kesan faktor migrasi ke atas kecenderungan manis dan masam di kalangan pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah yang berasal dari Kelantan

Ramizah Zakaria (2010) Kesan faktor migrasi ke atas kecenderungan manis dan masam di kalangan pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah yang berasal dari Kelantan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000605.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini merupakan kajian sensori persilangan budaya yang dilakukan bertujuan menentukan dan membandingkan aras ambang rasa pengenalan, mutlak dan terminal serta membandingkan kecenderungan rasa manis dan masam terhadap faktor migrasi antara pelajar-pelajar UMS yang berasal dari Kelantan. Seramai 100 panel telah dipilih dan dibahagikan mengikut tahun pengajian. Faktor migrasi ditentukan berdasarkan tahun pengajian panel yang dianggap sebagai tempoh pendedahan terhadap amalan pemakanan orang Sabah. Empat bahan utama digunakan sebagai stimuli ialah larutan sukrosa, asid sitrik, air teh dan air oren yang berlainan lima kepekatan dengan menggunakan kaedah ujian 3-AFC dan ujian hedonik. Kajian dalam fasa satu mendapati terdapat perbezaan yang beerti (p<0.05) bagi ambang rasa pengenalan panel tahun satu dengan empat mana kala tiada perbezaan yang signifikan bagi nilai min ambang rasa mutlak untuk rasa manis. Bagi rasa masam, didapati tiada perbezaan yang signifikan antara semua kumpulan panel baik ambang rasa pengenalan mahupun mutlak. Terdapat juga perbezaan yang signifikan dalam min nilai BET ambang rasa pengenalan dan ambang rasa muttak bagi rasa manis manakala tiada perbezaan yang signifikan bagi rasa masam apabila semua ahli panel dikelompokkan menjadi satu kumpulan. Ambang rasa terminal tidak dapat dibandingkan dengan ambang rasa pengenalan dan ambang rasa mutlak kerana tidak dapat diukur melalui nilai BET. Dalam fasa dua didapati tiada perbezaan yang signifikan bagi skor min hedonik kedua-dua rasa manis dan masam antara kumpulan-kumpulan panel. Majoriti ahli panel menggemari air teh yang berkepekatan sukrosa 4.0% dan 6.3%. Bagi air oren pula majoriti ahli panel menggemari kepekatan asid sitrik 0.1% dan 0.2%. Kesimpulannya kesan faktor migrasi yang dinilai melalui perbezaan tahun pengajian tidak mempengaruhi kecenderungan rasa manis dan masam panel.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Taste sweetness and sourness, Compare taste sweetness and sourness, Migration factor, Students comes from Kelantan, Cross-cultural study, UMS
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 01 Jun 2012 10:32
Last Modified: 23 Oct 2017 11:36
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4295

Actions (login required)

View Item View Item