Kesan pengeringan terhadap kualiti ekstrak karegenan separa tulen Kappaphycus alvarezii

Loh, Siaw Nee (2009) Kesan pengeringan terhadap kualiti ekstrak karegenan separa tulen Kappaphycus alvarezii. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000621.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk menentukan kaedah pengeringan yang paling bersesuaian untuk rumpai laut Kappaphycus alvarezii, antara 2 kaedah pengeringan iaitu pengeringan sinaran matahari dan ketuhar. Karagenan Kappaphycus alvarezii dikumpulkan dari tahap kematangan yang berlainan (hari ke-20, 40, 60). Sam pel itu diperolehi dari kawasan Semporna, Sabah. Rumpai laut dalam hari ke-20, 40, 60 dikeringkan melalui kaedah pengeringan sinaran matahari (suhu ambient, 32°C) dan pengeringan ketuhar (50°C) secara berasingan. Karagenan separa tulen Kappaphycus alvarezii diekstrakkan daripada rumpai laut yang dikeringkan. Sampel rumpai laut hari kematangan ke-20 yang dikeringkan dalam ketuhar memperoleh penghasilan karagenan yang tertinggi (5B.41±3.17%). Karagenan separa tulen dianalisiskan untuk pH, keterlarutan, viskositi, sineresis, ketegangan gel, ujian abu, serta ujian sulfat. Sampel hari kematangan ke-40 menunjukkan nilai yang tertinggi dalam kelikatan (44.90±0.46 cps), kandungan abu (23.8l±0.O55%), kandungan sulfat (15.14+0.057 %), peratusan kelembapan yang rendah (7.41±0.055 %) , serta kekuatan gel tertinggi, 1.432 N. Sampel hari kematangan ke-60 yang dikeringkan bawah matahari mempunyai pH yang tertinggi, iaitu pH 10.96.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Effect of drying, Quality extract, Semi-refined carrageenan, Kappaphycus alvarezii, Semporna, Sabah
Subjects: S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling > SH1-691 Aquaculture. Fisheries. Angling > SH20.3-191 Aquaculture
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 07 Jun 2012 18:44
Last Modified: 12 Oct 2017 15:32
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4332

Actions (login required)

View Item View Item