Pengaruh media penanaman terhadap hasil tanamam cili dalam sistem fertigasi (Capcicum annum L.)

Baharuddin Lasupu (2005) Pengaruh media penanaman terhadap hasil tanamam cili dalam sistem fertigasi (Capcicum annum L.). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000648.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian pengaruh media penanaman terhadap tumbesaran tampang dan pengeluaran buah tanaman cili dalam sistem fertigasi telah dijalankan di persikataran yang terkawal di Institut Pertanian Sabah, Timbang Menggaris Kota Belud. Varieti hibrid F1 Hot Chili (Hot Star 979) dipilih untuk kajian di mana media yang digunakan ialah Sekam Padi Bakar 100% (sebagai kawalan), Sekam Padi Tanpa Bakar 100%, Habuk Sabut Kelapa 100%, Sekam Padi Tanpa Bakar 50% + Habuk Sabut Kelapa 50% dan Sekam Padi Bakar 50% + Habuk Sabut Kelapa 50%. Parameter yang diukur ialah berat kering akar, berat kering daun dan batang, tinggi pokok, bilangan daun, bilangan buah, berat buah dan panjang buah. Hasil kajian menunjukkan bahawa semua media memberikan kesan yang signifikan pada P< 0.05 terhadap semua parameter yang diuji. Habuk Sabut Kelapa 100% mencatatkan peratus peningkatan tertinggi berbanding media kawalan bagi berat kering daun dan batang (62.7% lebih tinggi daripada kawalan), bilangan buah (107.1 %) dan berat buah (132.6%), manakala media Sekam Padi Bakar 50% + Habuk Sabut Kelapa 50% mengakibatkan peningkatan tertinggi bagi berat kering keseluruhan pokok (46.8%), dan bilangan daun (37.1%). Media Sekam Padi Tanpa Bakar 100% mencatatkan penurunan yang signifikan berbanding media kawalan bagi semua parameter yang diuji, manakala media Sekam Padi Tanpa Bakar 50% + Habuk Sabut Kelapa 50% memberikan peningkatan (9.53%) yang signifIkan berbanding kawalan cuma panjang buah sahaja. Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan bahawa media Habuk Sabut Kelapa 100% amat sesuai digunakan sebagai media dalam sistem fertigasi penanaman cili kerana media ini memberikan peningkatan basil buah dan bilangan buah yang tertinggi berbanding media yang lain.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Vegetative growth, Fruit production, Growth media, Chili, Hot Chili, Capcicum annum L., Timbang Menggarid, Kota Belud, Sabah
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture > SB1-1110 Plant culture > SB320-353.5 Vegetables
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 22 Jun 2012 08:54
Last Modified: 23 Oct 2017 12:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4416

Actions (login required)

View Item View Item