Geologi am dan geomorfologi kawasan Bantayan, Tamparuli

Izham Mohammed Shaari (2005) Geologi am dan geomorfologi kawasan Bantayan, Tamparuli. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000685.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di selatan Kota Kinabalu iaitu latitud dari 06°09'U hingga 06°12'U dan garis longitud dari 116°13'T hingga 116°18' T. Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Crocker dan endapan Kuartemer. Matlamatnya adalah menjalankan kajian geologi am iaitu stratigrafi, sedimentologi dan geologi struktur dan kajian geomorfologi iaitu topografi, sistem saliran, perubaban sistem saliran, bakisan dan luluhawa. Ia dijalankan melalui analisis peta topografi, fotograf udara dan cerapan mata kasar. Gambar fotograf udara yang diutamakan adalah dari tahun 1969 hingga 2003 bagi melibat perbezaan yang berlaku mengikut tahun. Rujukan daripada para pengkaji lepas adalah penting bagi membuat perbandingan setelah hasil kajian diperolehi. Kajian geomorfologi mendapati terdapat pelbagai faktor dan kesan terhadap morfologi sekitaran kawasan kajian. Penemuan yang dijumpai adalah perubaban sistem saliran dengan terbentuknya beberapa tasik ladam, kejadian hakisan sungai, tanah runtuh dan pembabagian zon-zon tanah kesan daripada tindakan luluhawa.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: General geology, Geomorphology, Crocker Formation, Quaternary sediment, Geomorphologic, Bantayan, Sabah
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 20 Jul 2012 16:54
Last Modified: 23 Oct 2017 15:09
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4566

Actions (login required)

View Item View Item