A preliminary study on the potential of Chrysanthemum sp. and Tagetes erecta active constituents as biopesticides aganinst diamondback moth (Plutella xylostella)

Norazreen Shamsudin (2010) A preliminary study on the potential of Chrysanthemum sp. and Tagetes erecta active constituents as biopesticides aganinst diamondback moth (Plutella xylostella). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000695.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan bahan aktif daripada ekstrak Chrysanthemum sp. dan Tagetes erecta. Objektif kajian adalah untuk mengkaji keberkesanan bahan aktif Chrysanthemum sp. dan T. erecta ke atas mortaliti Plutella xylostella, serangga perosak utama bagi famili Crucifera dan mengkaji kesan kepekatan ekstrak terhadap P. xylostella. Kajian dijalankan di Makmal Sekolah Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah pada suhu 22 DC dan kelembapan relatif 70%. Chrysanthemum sp. dan T. erecta dibeli daripada tapak semaian komersial. Dua kaedah pengekstrakan telah digunakan dalam kajian ini. Ekstrak diperolehi daripada bahagian bunga dan daun bagi kedua-dua spesis. Hasil ekstrak kemudiannya diuji ke atas P. xylostella. Kepekatan ekstrak yang digunakan ialah 2.5 hingga 100% dan air suling digunakan sebagai kawalan. Seterusnya, kepekatan ekstrak didedahkan kepada P. xylostella. Kajian dijalankan selama 96 jam dan pemerhatian dilakukan selang 12 jam. Tiga replikasi bagi setiap kepekatan telah dilakukan dan setiap replikasi diuji dengan menggunakan lima larva P. xylostella. Hasil daripada kajian didapati bahawa kaedah pengekstrakan Organic Solvent lebih berkesan ke atas mortaliti P. xylostella berbanding kaedah Modified Soxhlet serta mencapai 100% mortaliti dalam masa 12 jam pertama pendedahan. Spesis dan bahagian tumbuhan tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan (p>.O5) ke atas P. xylostella. Ini menunjukkan aktiviti kandungan bioaktif daripada kedua-dua spesis adalah sama ke atas mortality P. xylosteLla. Walau bagaimanapun, didapati kepekatan 10 hingga 100% mampu meningkatkan kadar mortaliti P. xylostella berbanding kawalan (air suling) pada aras keertian .05. Memandangkan tidak terdapat perbezaan diantara kepekatan 10 hingga 100% yang digunakan, kepekatan ekstrak dioptimumkan kepada 2.5%, 5%, 7.5% dan 10% untuk mengkaji kepekatan optimum yang boleh digunakan sebagai biopestisid. Ujian ANOVA l -hala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p<.05) ke atas mortaliti P. xylostella dan kepekatan yang optimum ialah kepekatan 5% (F= 2.564) yang mencapai 100% mortaliti P. xy/oste/la pada 24 jam pertama pendedahan. Sebagai kesimpulan daripada kajian ini, Chrysanthemum sp. dan T. erecta boleh digunakan sebagai biopestisid untuk mengawal populasi P. xylostella. Walau bagaimanapun, kajian seterusnya perlu dijalankan untuk mengkaji kandungan bahan aktif yang terdapat dalam Chrysanthemum sp. dan T. erecta serta dos yang berkesan ke atas mortaliti P. xylostella.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Chrysanthemum sp., Tagetes erecta, Plutella xylostella, Organic solvent
Subjects: Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK710-899 Plant physiology
Department: SCHOOL > School of Sustainable Agriculture
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 31 Jul 2012 08:38
Last Modified: 23 Oct 2017 15:15
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4622

Actions (login required)

View Item View Item