Kepelbagaian serangga di ekosistem pertanian: tinjauan serangga perosak di kebun sayur dan buah

Shariha Khamis (2007) Kepelbagaian serangga di ekosistem pertanian: tinjauan serangga perosak di kebun sayur dan buah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000719.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian tentang kepelbagaian serangga telah dilakukan di dua kawasan kajian iaitu di kebun sayur yang terletak di Kundasang dan kebun buah di lnanam. Kajian ini dijalankan selama empat bulan bemula dari bulan November 2006 sehingga bulan Februari 2007. Persampelan dijalankan selama enam hari untuk setiap kawasan kajian untuk mengkaji kepelbagaian fauna serangga dengan menggunakan tiga kaedah iaitu penangkapan secara terus dengan menggunakan tangan, kaedah jaring, yellow pan trap dan perangkap cahaya. Jumlah individu yang dapat dikumpulkan selama 12 hari persampelan di kedua-dua kawasan kajian adalah 584 individu. Sebanyak 43 peratus daripada jumlah individu diperolehi di kawasan kebun sayur dan 57 peratus adalah diperolehi daripada kebun buah. Sebanyak 27 famili dicatatkan daripada lapan order iaitu; order Hymenoptera, Orthoptera, Ephemeroptera, Coleoptera, Neuroptera, Diptera, Lepidoptera dan Arachnida. Fauna Lepidoptera menunjukan bilangan famili yang tinggi iaitu sebanyak 10 famili. lni diikuti oleh order Diptera, order Arachnida dan Neuroptera. Indeks kepelbagaian Shannon-Weiner bagi kebun sayur (H'= 1. 10) lebih rendah berbanding kebuan buah (H'=1.12) manakala peratus pertindihan famili bagi kedua-dua kawasan kajian adalah 39.3 peratus.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Insect, Insect diversity, Vegetable, Fruit, Yellow pan trap, Kundasang, Ranau, Sabah
Subjects: ?? SB599-990.5 ??
Q Science > QL Zoology > QL1-991 Zoology > QL360-599.82 Invertebrates > QL461-599.82 Insects
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 20 Sep 2012 15:44
Last Modified: 23 Oct 2017 15:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4765

Actions (login required)

View Item View Item