Penggunaan kepekatan sukrosa dan air kelapa yang berbeza untuk proliferasi protokorm Cymbidium finlaysonianum (ORKID)

Haslizah Puteh (2006) Penggunaan kepekatan sukrosa dan air kelapa yang berbeza untuk proliferasi protokorm Cymbidium finlaysonianum (ORKID). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000751.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Eksperimen untuk menentukan kesan kepekatan berbeza air kelapa dan sukrosa ke atas proliferasi protokom orkid Cymbidium finlaysonianum telah dilakukan. Protokorm dikultur di atas media asas Murashige dan Skoog dan media MS yang ditambah dengan air kelapa (10%, 15%, 25% dan 30%) atau sukrosa (15g/L, 30g/L dan 45g/L) sahaja atau kombinasi keduanya. Eksperimen diu lang sekali dan setiap perlakuan mempunyai 10 dan lima replikasi masing-masing pada eksperimen pertama dan kedua. Secara umum, data yang diperolehi menunjukkan semua media yang ditambah dengan 30g/L sukrosa dan sama ada tanpa air kelapa atau dengan air kelapa tanpa mengira kepekatan yang digunakan, adalah sesuai untuk merangsang proliferasi protokom dan penghasi lan protokorm baru. Pada hari ke 30 selepas pengkulturan, media-media ini mencatatkan peratus proliferasi protokom di antara 98 hingga 100% dan bilangan protokom baru per protokom di antaru 1.8 hingga 2.40. Keputusan juga mendapati bahawa media yang mempunyai kandungan kombinasi air kelapa 15% dan 30g/L sukrosa merangsang regenerasi protokom disamping menggalakkan proliferasi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Coconut water, Orchid, Sucrose, Protocorms, Protocorms formed, Protocorm proliferation, Cymbidium finlaysonianum
Subjects: Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK474.8-495 Spermatophyta. Phanerogams > QK494-494.5 Gymnosperms
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 05 Sep 2012 10:03
Last Modified: 10 Oct 2017 17:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4803

Actions (login required)

View Item View Item