Geologi am dan sedimentologi kawasan Kinarut-Papar

Elena Hannis (2006) Geologi am dan sedimentologi kawasan Kinarut-Papar. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000385.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di Kinarut - Papar Pantai Barat Sabah dibatasi garis lintang 5°41'U hingga 5°51'U dan garis bujur 115°56'T hingga 116°03'T meliputi keluasan 190km² . Objektif utama kajian adalah untuk mengkaji aspek geologi am dan sedimentologi serta menghasilkan peta geologi kawasan kajian. Geologi kawasan ini terdiri daripada batuan sedimen Fonnasi Crocker dan endapan Kuatemer. Jujukan batuan sedimen Formasi Crocker yang berusia Eosen Lewat hingga Miosen awal adalah merupakan endapan 'flysch' yang terbahagi kepada empat unit utama iaitu unit batu pasir, unit selang lapis batu pasir - syal, unit syal merah dan unit syal kelabu. Struktur sedimen seperti laminasi, laminasi konvolut, kesan flut, grut: kesan beban dan sebagainya menunjukkan ciri-ciri turbid it. Ketidakhadiran struktur rekahan lumpur dan lapisan silang berskala besar serta kehadiran jujukan Bouma divisi A hingga E adalah faktor yang menunjukkan batuan sedimen klastik Formasi Crocker diendapkan di persekitaran laut dalam. Berdasarkan ketebalan sedimen dan litologi, Formasi Crocker di kawasan kajian terbahagi kepada lima litofasies iaitu fasies batu pasir tebal (Fasies A), fasies selang lapis batu pasir - syal I (Fasies B), fasies selang lapis batu pasir - syal II (Fasies C), fasies syal kelabu (Fasies D) dan fasies syal merah (Fasies E). Batu pasir pada Formasi Crocker ini menunjukkan kematangan baik dari segi kimia manakala kurang matang secara fizikal. Batu pasir secara amnya dicirikan sebagai butiran halus hingga sederhana, berisihan buruk hingga sederhana dan tergolong dalam jenis litik greiwak. Analisis paleoarus berjulat U338ºT hingga U22ºT menunjukkan bahawa arus kuno adalah berasal dari selatan. Berdasarkan kepada tafsiran litofasies, Formasi Crocker di kawasan kajian diendapkan dalam persekitaran Idpas endapan laut dalam pada kawasan kipas tengah, kipas luar dan dataran lembangan. Mekanisme pengendapan adalah aliran graviti yang melibatkan arus turbidit dan aliran butiran. Gaya struktur rantau dan tempatan menunjukkan kawasan mengalami mampatan bertrend tenggara - barat laut menyebabkan lipatan dan sesaran. Orientasi struktur kekar di kawasan kajian adalah berarah timur laut – barat daya (NE-SW) dan barat laut - tenggara (NW-SE).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: General geology, Sedimentology, Primary sedimentary structures, Crocker formation, Quaternary deposits, Kinarut to Papar
Subjects: Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE1-350.62 General Including geographical divisions
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 05 Jan 2012 16:54
Last Modified: 12 Oct 2017 11:08
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/488

Actions (login required)

View Item View Item