Pembangunan produk sapuan avokado campuran madu

Chong, Diana Li Sze (2009) Pembangunan produk sapuan avokado campuran madu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000782.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk membangunkan produk sapuan avokado campuran madu. Buah avokado (Persea americana Mill,) dan madu digunakan sebagai bahan mentah utama dalam kajian ini. Sebanyak 9 formulasi telah direka daripada kombinasi tiga paras peratusan puri avokado (50%, 55%, 60%), tiga paras peratusan madu (28%, 30%, 32%), tiga paras peratusan gula (8%, 10%, 12%) dan air. Sebanyak 3 formulasi yang terbaik dipilih melalui ujian pemeringkatan jenis BIB (Balanced Incomplete Block) iaitu formulasi F3, F5 dan F6. Satu formulasi yang terbaik dipilih melalui ujian skala hedonik iaitu formulasi F6 yang mengandungi 55% puri avokado, 28% madu, 12% gula dan 5% air. Dalam analisis proksimat, didapati bahawa sapuan avokado campuran madu ini mempunyai 50.59% kandungan air, 42.35% karbohidrat, 2.76% serabut kasar, 2.47% abu, 0.93% protein dan 0.90% lemak. Tiga jenis ujian telah dijalankan untuk menentukan jangka hayat penyimpanan produk iaitu ujian mikrobiologi, ujian fizikokimia dan ujian perbandingan berganda. Ujian mikrobiologi menunjukkan bahawa produk sapuan adalah selamat untuk dimakan di akhir tempoh penyimpanan iaitu 1.5x10� CFU/ml bagi kiraan jumlah plat dan 1.7x10� CFU/ml bagi kiraan yis dan kulat. Untuk ujian fizikokimia jumlah pepejal terlarut tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan (p>0.05) manakala terdapatnya perbezaan yang signifikan (p<0.05) bagi nilai pH sapuan. Ujian perbandingan berganda menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan (p>0.05) dari segi kemanisan, kebolehsapuan dan aftertaste manakala warna, aroma, tekstur dan penerimaan keseluruhan menunjukkan perbezaan yang signifikan (p<0.05). Maka, produk sapuan ini adalah sesuai disimpan selama 9 hari. Sapuan avokado campuran madu ini mempunyai tahap penerimaan yang sederhana tinggi di mana 57% pengguna akan membeli produk yang baru ini.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Avocado, Honey, Avocado spread honey, Avocado puree, Development product Avocado
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 26 Sep 2012 17:09
Last Modified: 13 Oct 2017 09:36
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4938

Actions (login required)

View Item View Item