Pembangunan produk jus belimbing besi (Averrhoa caramboja, L) campuran belimbing buluh (Averrhoa belimbi, L.)

Azliyana binti Mohd Maarof (2005) Pembangunan produk jus belimbing besi (Averrhoa caramboja, L) campuran belimbing buluh (Averrhoa belimbi, L.). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000809.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Averrhoa carambola, L. merupakan buahan tropika yang popular dan mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi serta amat berkhasiat. Dalam kajian ini, buah belimbing besi dan buah belimbing buluh diproses untuk menghasilkan minuman jus belimbing besi campuran belimbing buluh. Kajian awal melibatkan pembentukan 12 formulasi daripada kombinasi puri belimbing besi (25%, 27%, 29%, dan 31%) dan puri belimbing buluh (10%, 14% dan 18%) yang berlainan. Sebanyak 3 formulasi terbaik iaitu F4, F5 dan F9 dipilih melalui ujian pemeringkatan berdasarkan penerimaan keseluruhan dan seterusnya 1 formulasi akhir dapat ditentukan melalui ujian hedonik. F5 yang terdiri daripada 27% puri belimbing besi,14% puri belimbing buluh, 10% gula dan 49% air, dipilih sebagai formulasi terbaik kerana hasil analisis varians (ANOVA) menunjukkan formulasi yang paling disukai ahli panel pada setiap atribut. Formulasi terbaik ini dilakukan ujian mutu simpanan melalui ujian fizikokimia dan ujian mikrobiologi pada penyimpanan suhu berbeza iaitu suhu bilik dan suhu sejuk selama 1 minggu. Keadaan penyimpanan pada suhu 4°C menunjukkan ketahanan yang lebih lama dan mengalami penurunan nilai pH, °Briks dan kandungan asid askorbik yang tidak ketara berbanding dengan keadaan penyimpanan pada suhu 25°C. Perubahan kenaikan nilai peratusan keasidan juga demikian dengan sampel pada keadaan penyimpanan suhu bilik mengalami perubahan yang lebih ketara di samping mengalami pemerangan pada hari keempat. Pada hari keenam di dapati hanya sam pel yang disimpan pada suhu bilik sahaja yang mengalami kerosakan dengan pertumbuhan bilangan koloni yang bererti koloni pada ujian PCA.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Averrhoa carambola, A belimbi, Belimbing, Starfruit, Juice
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > TP500-660 Fermentation industries. Beverages. Alcohol
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 12 Nov 2012 07:46
Last Modified: 13 Oct 2017 13:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5354

Actions (login required)

View Item View Item