Penerimaan rancangan ultraman oleh kanak-kanak: satu kajian di Tadika Humana H-100 Lunpadas, Lahad Datu, Sabah

Zahariah Bakia (2009) Penerimaan rancangan ultraman oleh kanak-kanak: satu kajian di Tadika Humana H-100 Lunpadas, Lahad Datu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000818.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Media penyiaran tempatan khususnya stesen televisyen swasta di Malaysia seperti stesen TV3 dan stesen Astro Ceria (saluran 611) merupakan stesen televisyen kanak-kanak yang utama pada masa kini disebabkan program rancangan yang disiarkan berjaya memenuhi cita rasa mereka. Salah satu rancangan yang disiarkan adalah rancangan Ultraman yang berlainan siri. Rentetan daripada sambutan yang diberikan kanak-kanak terhadap rancangan ini maka kajian yang berkaitan dengan penerimaan kanak-kanak terhadap rancangan ini perlu dikaji. Pengkaji menggunakan kaedah temu bual bersemuka bagi mendapatkan maklumat daripada informan yang terdiri daripada murid-murid Tadika Humana H-100 Lunpadas yang terletak 22 kilometer dari bandar Lahad Datu yang juga merupakan sebuah kawasan perladangan swasta. Dapatan kajian yang diperolehi dianalisis dan dikemas kini dengan menggunakan perisian Microsoft Office Excel 2007. Kajian menunjukkan kanak-kanak tadika sekolah ini memberi sambutan terhadap rancangan Ultraman. Akan tetapi mereka tidak terikut-ikut dari segi tingkah laku dan cara membuat keputusan di dalam bertindak. Manakala faktor jantina mempengaruhi kanak-kanak dalam meminati dan menerima rancangan Ultraman.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Acceptance, Television, Ultraman, Children, Kindergarten Humana, Lunpadas, Lahad Datu, Sabah
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 02 Jan 2013 11:44
Last Modified: 13 Oct 2017 14:03
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5480

Actions (login required)

View Item View Item