Analisis penyalahgunaan dadah di Kota Kinabalu

Mazliana Mahtar (2006) Analisis penyalahgunaan dadah di Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000830.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmana penyalahgunaan dadah dipengaruhi oleh beberapa faktor yang berkait hasil daripada rekod Agensi Antidadah Kebangsaan Kota Kinabalu. Sampel kajian adalah para penagih dadah yang berada di sekitar Kota Kinabalu. Seramai 154 orang responden telah dipilih. Antara pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dalam kajian ini adalah umur, etnik, tahap pendidikan, status perkahwinan, jantina, status pekerjaan dan sebab penyalahgunaan dadah. Analisis khi-kuasa digunakan untuk menguji pertalian masing-masing di antara sebab-sebab penyalahgunaan dadah mengikut faktor umur, jantina, status perkahwinan, jenis pekerjaan, etnik dan tahap pendidikan penagih. Darjah hubungan antara sebab-sebab penyalahgunaan dadah dengan umur, jantina, status perkahwinan, jenis pekerjaan, etnik dan tahap pendidikan penagih juga di kaji dalam kajian ini dengan kaedah analisis korelasi Spearman. Hasil analisis khi-kuasa dua mendapati terdapat hubungan antara sebab-sebab penyalahgunaan dadah dengan pembolehubah etnik (p=0.035) dengan kekuatan hubungan pada<I> = 0.413, tahap pendidikan (p=0.002) dengan kekuatan hubungan pada<I> = 0.261, status perkahwinan (p=0.001) dengan kekuatan hubungan pada<I> = 0.398 dan jantina penagih (p=0.015) kekuatan hubungan pada<I> = 0.261. Analisis korelasi Spearman pula menunjukkan wujud hubungan positif yang lemah antara sebab-sebab penyalahgunaan dadah dengan pembolehubah jantina (p=0.012) dan status perkahwinan (p=0.002) dan mempunyru hubungan negatifyang lemah dengan taraf pendidikan (p=-0.238).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Drug, Drug abuser, Kota Kinabalu, Sabah
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 02 Jan 2013 08:40
Last Modified: 13 Oct 2017 14:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5619

Actions (login required)

View Item View Item