Kajian taburan ikan di Sungai Tanaki, Kawang, Papar

Moohamad faizal Abdul Raub (2004) Kajian taburan ikan di Sungai Tanaki, Kawang, Papar. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000837.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian yang dijalankan di Sungai Tanaki, Kawang, Papar bertujuan untuk mengetahui kewujudan ikan di kawasan kajian dan mengenalpasti spesies-spesies yang ditemui di lokasi kajian. Kajian ini juga bertujuan mengetahui perbezaan spesies-spesies antara setiap stesen persampelan dan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan dan kelimpaban spesies. Dari persampelan yang telah dijalankan, tiga famili iaitu Cyprinidae, Anguillidae dan Gobiidae telah ditemui. Lima spesies iaitu Puntius sealei, Anguilla borneensis, Nematabramis alestas borneensis, Stigmatogobius isognathus dan Awaous stamineus telah dikenalpasti terdapat di Sungai Tanaki. Puntius seale; adalah dominan pada lokasi kajian. Didapati Sungai Tanaki mempunyai diversiti yang rendah berdasarkan pengiraan Indeks Shannon-Wiener dan Indeks Simpson. Indeks Kesamaratan juga menunjukkan kelimpahan spesies yang berbeza. Gangguan yang pernah berlaku pada lokasi kajian memberi kesan kepada taburan spesies dan bilangan individu ikan. Usaha menjadikan Hutan Sejadi, Kawang sebagai hutan simpan diharapkan dapat memulihkan kembali ekosistem hutan seperti sediakala.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Puntius sealei, Fish, Anguilla borneensis, Nematabramis alestas borneensis, Stigmatogobius isognathus, Awaous stamineus, Tanaki River, Kawang Papar
Subjects: Q Science > QL Zoology > QL1-991 Zoology > QL605-739.8 Chordates. Vertebrates > QL614-639.8 Fishes
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 02 Jan 2013 10:24
Last Modified: 13 Oct 2017 15:07
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5627

Actions (login required)

View Item View Item