Pengawetankrio biji benih paphiopelum rothschildianum kaedah vitrikasi

Wee, Ching Ching (2007) Pengawetankrio biji benih paphiopelum rothschildianum kaedah vitrikasi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000839.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Paphipedilum rothschildianum, sejenis Sabah endemik orkid, merupakan orkid yang terancam di bawah lampiran I CITES (Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora). Oleh itu, spesies ini perlu dilindungi daripada kepupusan. Dalam kajian semasa ini, pengawetankrio biji benih P.rothschildianum dilaksanakan berdasarkan teknik vitrifikasi. Kesan prakultur dalam kepekatan sukrosa yang berlainan (0M, 0.25M, 0.3M, 0.4M dan 0.5M) dan tempoh prakultur yang berlainan (1 hari, 2 hari, 3 hari, 5 hari dan 7 hari) dinilaikan. Protokol vitrifikasi melibatkan: loading selama 20 minit, pengdehidratan dengan larutan vitrifikasi (PVS2) selama lima jam dalarn ais, simpan di dalam cecair nitrogen untuk satu hari, penyahbekuan dalarn 40°C bekas air (water bath) dan pengkulturan biji benih pada medium MS untuk percarnbahan. In vitro biocerakin ujian percarnbahan biji benih P.rothschildianum dibandingkan dengan prosedur kimia yang standard bagi Trifenil Tetrozoliam Klorida (TTC) untuk menguji viabiliti biji benih. Walaupun TTC cerakin merupakan yang paling mudah untuk menguji viabiliti biji benih, namun adalah tidak tepat berbanding dengan ukuran peratus percarnbahan. Dari segi peratus percarnbahan, medium prakultur yang paling berkesan adalah 0.5M sukrosa dengan peratus percambahan 38.86% ± 3.58 dan tujuh hari prakultur merupakan tempoh prakultur yang paling berkesan dengan peratus percarnbahan 62.79% ± 3.52.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Orchid, Paphipedilum rothschildianum, Trifenil Tetrozoliam Klorida
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 14 Jan 2013 16:58
Last Modified: 13 Oct 2017 15:09
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5673

Actions (login required)

View Item View Item