Penentu ketaatan jenama dan kesan kepuasan pengguna: Dalam konteks telefon bimbit

Siti Mardalinah Ardian Bt. Neezm (2010) Penentu ketaatan jenama dan kesan kepuasan pengguna: Dalam konteks telefon bimbit. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
ae0000000857.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Fokus disertasi ini adalah untuk melaporkan hasil kajian yang menerangkan dan memberi kefahaman mengenai penentu kesetiaan terhadap sesuatu jenama telefon dan kesan kepuasan pelanggan dalam konteks telefon bimbit Penyelidik berharap dapat menyumbangkan kepada pemebentukan rangka kajian yang mengintegrasi korelasi di antara tanggapan nilai kepercayaan tanggapan kualiti produk, interaksi peribadi kepuasan pelanggan dan kesetiaan jenama dalam pembelian telefon bimbit Kajian ini dilakukan terhadap pekelja yang berkhidmat di dalam sektor kerajaan dan swasta di sekitar kawasan Kota Kinabalu dengan mengaplikasikan teknik kajian secara rawak. Untuk tujuan kajian ini borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data kuantitatif di analisa dan di simpulkan menggunakan pakej SPSS versi 16.0. Seterusnya, rangka kajian dibentuk agar dapat menjadi panduan kepada keseluruhan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perhubungan signifikan di antara kepercayaan dan tanggapan kualiti produk terhadap kesetiaan jenama. Walau bagaimanapun, didapati bahawa tanggapan nilai dan interaksi peribadi tidak mempunyai perhubungan signifikan terhadap kesetiaan jenama. Telah juga didapati bahawa kepuasaan pelanggan mempengaruhi sebahagian kepercayaan terhadap kesetiaan jenama manakala mempengaruhi sepenuhnya tanggapan kualiti produk terhadap kesetiaan jenama. Adalah diharapkan kajian ini akan memberi implikasi untuk membentuk pelbagai strategi pemasaran agar dapat dipraktikkan untuk mengukuhkan lagi kepuasaan pelanggan seterusnya meningkatkan kesetiaan mereka terhadap penggunaan suatu jenama.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
Department: SCHOOL > School of Business and Economics
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 29 May 2013 09:58
Last Modified: 14 Nov 2017 15:37
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5854

Actions (login required)

View Item View Item